Hanya Kartika sahaja yang minum arak? kemana yang lain?

Thursday, August 27, 2009


Berlalu nya pilihanraya kecil di Permatang Pasir, maka terjawablah Anwar Ibrahim sebagai pengkianat melayu dan Nik Aziz sebagai “insan luar biasa” kata bekas PM Mahathir Mohamad. Pelbagai serangan dilancarkan Umno terhadap Pas di Permatang Pasir, para pengundi di Permatang Pasir dengan selamber menjawab sinis dengan menterjemahkan nya dengan majoriti 4551 undi.

Seluruh media yang ada mula beralih ke isu yang lain demi menutup isu pilihanraya yang menikam diri dan mencentuskan siapa pengkianat melayu dan siapa pula ‘manusia luar biasa’ sebagai penentu siapa yang masuk syurga dan neraka. Saban hari kebelakangan ini pula terus memainkan isu hukuman sebat terhadap peminum arak.




Kartika Seri Dewi Sukarno secara tak langsung terus tersenarai di tempat teratas di dada dada akhbar, dan menenggelamkan kes ‘Tan Beng Hock’. Insan ini se orang model dan bergiat di Singapura didapati bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating Pahang pada 11 julai 2008 lalu.

Jabatan Agana Islam Pahang, menjatuhkan hukuman denda Rm5,000 dan sebatan rotan sebanyak 6 kali pada 20 julai lalu di mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Beliau mengaku salah.

Kartika yang ditemani bapa nya akur dengan hukuman itu dan meminta dirinya di sebat dikhalayak ramai dan minta juga hukuman dengan segerakan. Di pendekan cerita, hampir seluruh negara timbul kekecuhan.

Jabatan Agama Pahang menjemput pesalah untuk dihukum beberapa hari lalu, tetapi dengan tiba tiba tidak jadi, dan menangguhkan dilain masa kerana menghormati bulan ramadhan. Bagaimana dengan tahap kewibawaan pendakwa kalau begini, kalau tidak jadi hendak menghukum sebat dan sebagainya kerana menghormati bulan ramadhan, mengapa pula Si-Kartina itu di jemput siap sedia dengan pacuan empat roda lagi. Tak payah di jemputlah lagi, tangguhkan saja hukuman itu di bulan hadapan dan sebagai nya. Arahan katanya, siapa pengarah itu?

Kartika di hantar pulang semula, maka berbunyilah di serata antero. Keluarga pesalah turut membuat lapuran polis, mengapa berlaku nya kejadian begitu. Dato’Hishamudin Husien pula berkata dan mengakui “Jabatan Penjara dibawah kementerian nya tiada kemahiran melakukan sebatan dari sudut undang undang syari’ah” dan kita tidak membenarkan hukuman di jalankan kalau tiada kemahiran yg di perlukan, kata nya kepada Sinar Harian 26 ogos lalu.

Sharizat Jalil turut menyentuh perlaksanaan hukum itu, "Kita tidak mahu sistem syariah di negara ini dikatakan zalim hanya kerana satu kes ini dan seterusnya mencemarkan imej negara di mata dunia," katanya. "Ini bukan isu bagaimana sebatan itu dijalankan, tetapi isu keadilan. Adakah hukuman itu dijatuhkan sebegitu rupa kerana Kartika seorang wanita," tambah nya lagi. Inilah kelayakan bekas menteri itu mengulas pasal hukum syari’ah. Kesimpulan di ambil yang, yang nyata beliau menentang hukuman ini dan meinta Kartika membuat semakan dan rayuan. Beliau kesal apabila kes ini mendapat

perhatian pihak media antarabanga yang menggambarkan seolah-olah syariah di negara ini menzalimi semua wanita. http://www.malaysiakini.com/news/111384 .

PM kita pula berkata “model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum. Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu. Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.

Kalau dikaji, hukuman itu belum lagi memenuhi hukuman syari’ah sepenuh nya. Kalau mengikut syari’ah sebatan nya adalah sebanyak 80 kali, bukan 6 kali. Tetapi cara sebatan nya tidak sama dengan cara sebatan yang di amalkan oleh pihak kerajaan kita sekarang. Dalam Islam ada tertib nya, sebatan nya tidak melukai kulit dan dilakukan di khalayak ramai, sebagai pengajaran pada yang lain. Yang ada sekarang sebatan nya cukup kejam dan di buat ditempat tertutup, apakah ini menghukum dan menzalimi dan cukup untuk mencari keadilan?

Definasi sebenar yang membuat saya menyiarkan artikel ini, termasuklah ingin meluahkan sedikit pertanyaan, Kartika di war warkan dengan hukuman sebat kerana bersalah meminum arak. Kenapa begitu? apakah setakat ini hanya Kartika se orang sahaja yang berbuat begitu? kenapa hanya ikan ikan bilis sahaja yang laung laungkan?
Kemana cerita si jerung jerung yang berbuat demikian? Apakah jika mereka ini yg meminum arak di senyapkan saja? atau mereka ini tidak meminum nya?.. takkan ini berlaku kerana tema “rakyat di dahulukan”..

Kalau si Kartika bersalah, riuh rendah si-bapak bapak menteri yang membuat ulasan, rayuan boleh di buat, hukuman boleh di tangguh dan kukuman ini mencerminkan kezaliman nagara kita. Itu pun saya tidak memetik sepenuhnya ulasan dari mereka yg lain. Kita merdeka dah lebih 50 tahun, inilah pertama kali kes ini di ‘mertabatkan’ dan yang lain lain tu apa cerita? 1Malaysia!

- matsikubunga