Abdullah membidas Washington

Wednesday, July 2, 2008

Abdullah bidas Washington



PENDIRIAN TEGAS: Abdullah mengulas pertemuan beliau dengan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Parlimen, semalam.

"Negara itu bersikap prejudis terhadap undang-undang negara ini dan cuba campur tangan dalam hal negara kita. Kita ada kerajaan, undang-undang dan penguatkuasaan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan siasatan dijalankan dengan baik, adil dan tidak menzalimi mana-mana pihak.

"Itu adalah amalan kita selama ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di Parlimen selepas menerima kunjungan Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abdullah berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menghantar nota bantahan berhubung kenyataan Washington itu.

Semalam, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey, dipetik agensi berita AFP sebagai berkata, Washington akan menentang sebarang siasatan atau pendakwaan yang didorong oleh politik, terhadap Anwar.

"Hujah utama kami ialah undang-undang perlu ditegakkan mengatasi politik. Sudah tentu kita menentang sebarang penggunaan undang-undang atau prosedur kehakiman untuk tujuan lain selain tujuan sebenar undang-undang," katanya di Washington.

Sambil menjelaskan pihaknya memang mengetahui bahawa Anwar pernah menghadapi tuduhan yang sama sebelum ini tetapi sabitan terhadapnya diketepikan, Casey berkata: "Kita berharap tidak ada corak serupa di sini.

"Bagaimanapun, sudah tentu kita akan ambil berat bahawa apa saja yang dilakukan dan patut dilakukan dengan cara teratur dan ada penyiasatan yang sah ke atas dakwaan yang mungkin wujud mengikut undang-undang Malaysia dan bukannya siasatan atau pendakwaan yang didorong politik."-Beriha