ceramah Ezam di Melor

Monday, July 14, 2008

Biasanya kalau hujan saya jadi malas untuk keluar rumah. Dalam suasana dingin tentu sahaja sedap lena berpeluk dengan anak-anak. Hee… Tapi malam 11 Julai hati saya membuak-buak untuk mendengar ceramah Ezam di kedai Melor. Mungkin faktor otak politiknya yang berubah-ubah, saya mahu mendengar secara langsung ucapannya selepas kembali ke lubuk lamanya Umno. Lubuk maknanya tempat ikan mencari makan.

Saya sampai di lokasi ceramah kurang lebih jam 9.45 malam. Kedengaran suara pengerusi memulakan majlis. Katanya seorang ustaz. Ada lagi ustaz dalam Umno. Tercabut wayar sungguh.

Saya cuba mencari lokasi strategik. Hah! Atas kalbord saya tertonggeng (bukan tungging Carburetor Dung.. aar) sambil memegang payung buruk. Pandang kiri kanan tak ada yang kenal. Seorang yang bertopi cap dacing mengawal lalu lintas konon. Kenderaan sebuah dua yang lalu. Tercabut wayar lagi.

Penceramah pertama Azmi Ishak bekas tok wakil BN lepas, yang kali ini kalah di tangan Us Wan Ismail. Sebut saja Wan Smail apa lagi. Peluang untuk hentam.

“Ore Melor ni dio berehi nikoh cerai wei”.

“Mulo nikoh ngan PAS, cerai nikoh ngan Umno.”

“Cerai pulok, nikoh ngan PAS.”

Barangkali dalam hati Ezam kata “Dia ni perli wan Smail ke sindir aku.” Tercabut wayar betul.

Perut saya terasa lapar pulak. Di tepi tapak ceramah ada fun fair. Malam itu marry go round tak berpusing. Tak dibenarkan operasi kut. Sambil mencari-cari gerai burger, perlahan-perlahan kereta Kancil menghampiri saya.

“Ustaz nyamar dih..” Rupanya Jemat dengan anak Pok Mud rokok.

Tak menyamar macamana saya pakai cap rakan cop warna oren (hadiah daripada Ustaz Soh Darul Anuar) dan berjeket kain hitam berlengan kelabu.

Sebelum Hamdan Taha dijemput ustaz pengerusi Umno itu buat ulasan yang tah apa-apa. Cabut wayar jugok.

Hamdan menceritakan perjuangan Umno yang membela bangsa dan agama. “Tengoklah tuan-tuan di Selangor dan Perak masih ada kelab dangdut dan kedai arak, malah makin bertambah” Gilaa!!. Siapa yang buka kedai tu. Negeri hok mun perintah lagu mano? Cabut wayar, cabut wayar.

Kehadiran malam itu boleh kata ramailah kalau nisbah ceramah biasa anjuran Umno. Tapi saya yakin bukan orang Umno sahaja yang hadir. Buktinya kawan saya Jemat, rakannya dan ada yang saya kenal. Kemudian di sekeliling saya beberapa orang tua yang tah tahan duduk menyampuk

“Ho la, mugo Nuar tu baso jenih berehi j**** t***..” sebagai respon pada ucapan Ezam

Rasanya dalam 15 atau 20 minit Ezam berucap saya mula perlahan-lahan angkat kaki. Apa tidaknya dalam masa 15 minit yang diulang ialah

“Siapa yang habis wang kerana Anwar??

“Saya!!”

“ Siapa yang 2 kali masuk penjara??.”

Saya!!”

“Siapa yang dedah rasuah menteri??.”

“Saya!!”

Dalam 15 minit itu tidak kurang daripada 5 kali disebut-sebut nama Saipul Buhari Azlan!!

Saya tak tahulah sampai habis ceramah dia berapa kali dia akan sebut Saipul! Saipul! Saipul!

Memang sah. Ezam dah tercabut wayar!

- oleh annasru