Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian seorang mekanik dibelasah sewaktu kekecohan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) berkata, dia masih ingat wajah anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terbabit, menurutnya seorang yang "kacak".
"Saya boleh mengecamnya kerana dia seorang yang kacak," kata Lai Wai Chong, 34, ketika memberi keterangan dalam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.
Suhakam sedang menyiasat sama ada polis telah menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam insiden pada 27 Mei lalu.
Semalam, mekanik Chang Jiun Haur (kiri) dan adik perempuannya, Jiun Mein menceritakan bagaimana Chang didakwa diheret keluar dari keretanya dan dibelasah oleh anggota FRU.
Menceritakan semula apa yang berlaku, Lai berkata beliau masih ingat anggota polis terbabit kerana dia seorang yang 'kacak'. Menurutnya, anggota polis itu tidak memakai cermin pelindung topi keledar.
Bagaimanapun, Lai yang bekerja sebagai pemasang alat penggera, memberitahu siasatan tersebut bahawa dia hanya boleh mengecam anggota polis tersebut jika dia "memakai pakaian seragam yang sama dipakainya pada malam tersebut".
"Jika tidak, saya tidak dapat mengecamnya kerana saya tidak tahu sama ada dia botak atau tidak," katanya yang membuat hadirin ketawa.
'Jerit henti pukul'
Lai, yang merupakan saksi pertama hari ini berkata, beliau nampakoleh tiga hingga empat orang anggota polis berpakaian biasa, mengheret Chang keluar dari kereta. Mereka kemudiannya didakwa "menyepak dan memukul" mekanik tersebut.
"Apabila melihatnya, saya dan orang ramai di situ mula menjerit 'polis, jangan hentam rakyat!.
"(Tetapi) selepas kami menjerit, polis berhenti (memukulnya). Saya nampak dia (Chang) jatuh ke tanah dan dia disepak lagi," tambahnya.
Ekoran itu, kata Lai, mekanik tersebut cuba bangun dan ketika itulah dia dipukul oleh anggota FRU yang 'kacak' itu.
"Bila dia bangun, saya nampak anggota FRU itu meluru ke arahnya dan menggunakan perisainya untuk memukul orang itu (Chang) dan pada masa yang sama, menyepaknya. Saya rasa polis ingat dia mahu lari," tambahnya.
Ketika diminta menceritakan bagaimana anggota polis itu memukul Chang itu, Lai menjawab, dia menghentak Chang sekali dengan perisainya dan menyepaknya dua tiga kali di bahagian perut.
Siasatan awam Suhakam itu masuk ke hari kedua di ibupejabat suruhajaya tersebut di Menara Tun Razak di Kuala Lumpur.
Ia didengar oleh panel tiga anggota pesuruhjaya Suhakam yang dipengerusikan oleh Datuk Zaiton Othman. Dua lagi anggota panel tersebut ialah Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Datuk Khalid Ibrahim.
Siasatan tersebut yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama dua hari, telah dilanjut sehari lagi sehingga esok.
Seramai 12 saksi telah dipanggil setakat ini manakala 10 lagi saksi dijangka dipanggil memberi keterangan esok.
- oleh Rahmah Ghazali
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
'Saya boleh kenal polis kacak itu'
Thursday, July 24, 2008Posted by Unknown at 9:35:00 PM