Memang Benar, Pilihanraya Membazir

Friday, July 3, 2009



MANEK URAI – Memang benar, dan tepat sekali apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak


Najib berkata pilihanraya kecil adalah membazirkan jutaan ringgit wang rakyat, oleh itu, Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang. (Gambar - Kanopi didirikan untuk polis di UPU Laloh)



Walaupun kalah pada PRK Penanti, BN patut dipuji kerana dapat menyelamatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai Malaysia. Kata-kata Najib umpama ‘hikmat’ itu yang terbukti benar di PRK Penanti sepatutnya menjadi ikutan dan pegangan BN dan mengambil keputusan tidak bertanding di PRK Manek Urai. Namun, terbukti ‘benar dan tiada lain yang benar, kecuali benar-benar berlaku pada PRK Manek Urai apabila BN bertanding.

Pembinaan 5 blok kanopi mega di belakang balai polis Laloh, disini, bakal menyaksikan kebenaran kata-kata Najib, dan rakyat akan kerugian berjuta ringgit sekali lagi. Kanopi tersebut akan menempatkan ribuan polis yang juga memakan belanja jutaan ringgit sebagaimana yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang.

Itu tidak termasuk pembinaan pusat operasi BN Manek Urai yang juga dibangunkan dengan kanopi hampir sama dengan pembinaan bagi kediaman polis.Berapa juta pula wang yang akan digunakan untuk ‘menyogok’ pengundi ?

Temubual wartawan dengan para petugas BN mengesahkan bahawa ‘faktor wang’ akan digunakan dalam pilihanraya kali ini sebagaimana amalan BN sebelum ini.
-Buletinonline