Kerajaan PAS Terengganu telah membina sebuah jambatan besi merentang sungai Kemaman di kampung Sungai Pinang dekat sini.
(Gambar - Jambatan konkrit dibina oleh Barisan Nasional runtuh dilanda banjir dan turun 5 inci dari ketinggian asal. Kini menjadi satu monumen di jalan menuju ke Air Putih)
Namun usaha PAS itu dipandang sinis oleh Jawatankuasda Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan menggelarkan jambatan besi itu sebagai ‘jambatan kera’.
Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Ismail Harun, berkata, Umno/BN yang menjadi pembangkang di negeri Terengganu ketika, mahu melawan jambatan besi PAS lalu membina sebuah jambatan konkrit.
Walaupun begitu, katanya, jambatan konkrit tersebut telah runtuh tiga bulan setelah dibina, dalam keadaan belum siap sepenuhnya.
“Zaman pemerintahan pas dulu kita bina jambatan besi, JKKK kata ‘jambatan kera’, Tak apalah, kerana jambatan besi yang kita bina dilanda banjir, tetapi tidak runtuh,
“Umno/BN mahu melawan jambatan besi, lalu membina jambatan simen (konkrit), tak sempat tiga bulan, belum pun siap lagi, telah runtuh dilanda banjir,”katanya dalam majlis ceramah Dana Pusat Tarbiah Islam Binjai, 17 Januari lalu.
Tunggu berita selanjutnya
* Terengganu darulruntuh.
-buletinonline
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
23 hours ago