Saudara pengarang,
PERLUKAH kita Undi lagi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti kerana selagi BN berkuasa di Malaysia ini selagi itulah Mykad diberikan kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI).
Jika melihat kepada statistik pilihanraya lalu, BN sudah kalah di Semenanjung Malaysia dan hanya diselamatkan oleh para pengundi di Sabah dan Sarawak yang tersilap percaya kepada janji muluk pemimpin BN; sehingga Sabah dan Sarawak digelar Fixed Deposit.
Oleh yang sedemikian, rakyat Sabah dan Sarawak harus ‘BERSATU’ menumbangkan BN kerana setahun lalu 50,000 orang dari negara China disahkan ‘HILANG’ di Negara Malaysia. Apa cerita?
Persoalan yang banyak memeningkan kepala kita, di mana dan ke manakah mereka?
Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mendedahkan seramai 40,000 orang Warga India hilang di negara ini. Apakah mereka sudah membeli Mykad Malaysia dengan harga RM10,000 setiap satu di JPN Petaling Jaya?
Najib sewajarnya mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berjaga malam untuk menyelesaikan isu ini melainkan UMNO atau BN terlibat mencipta satu lagi X-Files?
Sekiranya rakyat Sabah tidak bersatu memerangi isu IC Palsu ini, maka Pakatan Rakyat jangan bermimpi di siang hari untuk menawan kawasan parlimen dan dewan undangan negeri di Pantai Timur kerana hampir 90 peratus pengundi di sana adalah ‘Pengundi Untuk Disewa’ melalui pemberian Mykad; yang tidak mungkin memberikan undai kepada pembangkang!
Mungkin Pakatan Rakyat harus menunggu sehingga Generasi ke 12, barulah mungkin mereka akan memberikan undi kepada Pembangkang.
Salam Hormat daripada,
BUGIS SULUK TEMPATAN/s/kini