Pengebom Gereja tidak bermaya, mengapa?

Saturday, January 30, 2010


Ketiga tiga si-pembakar Gereja telah pun dihadapkan ke mahkamah dan Hakim SM Komathy Suppiah telah menetapkan tarikh 12 Mac untuk sebutan bagi mereka melantikkan peguam nya.

 

Mereka adalah Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22, dan rakan mereka Azuwan Shah, 23 dibenarkan diikat jamin dengan RM20,000 serta dengan sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara.

Orang ramai juga terasa sedikit tertanya tanya bagaimana pula ketiga tiga mereka ini agak kurang bermaya ketika menghadiri prosiding di mahkamah baru baru ini.

Bernama turut melapurkan, “Raja Mohamad Faizal kelihatan menahan kesakitan berikutan muka dan badannya yang melecur teruk manakala pinggangnya terlilit saluran air kencing dan seluar yang dipakainya pula mempunyai kesan darah.

Pada bahagian lengan kiri adiknya pula juga dilihat terdapat kesan lecur dan bengkak, manakala badan Azuwan tidak menampakkan sebarang kesan lecur tetapi ketiga-tiga mereka kelihatan lemah dan gugup.”

Minggu lalu, lapan orang, termasuk dua beradik dan bapa saudara mereka dikenakan tahanan reman.

Bagaimana pula dengan kesihatan mereka, sehingga dalam kedaan begitu apabila kalian hadir prosiding bagi menetapkan ikat jamin dan menetapkan tarikh perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis pada awalnya memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan RM20,000 setiap seorang kerana kesalahannya agak serius, tetapi mereka merayu untuk dikurangkan ikat jamin kerana keluarga mereka miskin.

Kemiskinan keluarga tidak menolak keaktifan mereka untuk bertindak ganas, dan ahli parlimen PKR Azmin Ali mendakwa sudah mengenalpasti dari mana wadah gerombolan ini, sama samalah ikuti perkembangan ‘politik’ itu nanti.

- Jin Kacau Kampong