Tokoh maal hijrah cakap menipu

Monday, January 11, 2010



Keperihatinan negara kita sukar dinafikan dari pelbagai segi, umpamanya penganugerahan tokoh maal hijrah yang saban tahun di adakan. Tetapi sungguh dukacita dengan reality nya. Apa ciri cirinya yang perlu di ambil kira untuk menobatkan sesaorang bagi dipilih sebagai tokoh yang berlandaskan agama kita yang syumul ini.


Pernah disuatu ketika iaitu pada tahun 2008 atau 1429 hijrah, penerima anugerah ini turut dipertikaikan dengan ketokohan nya yang membuatkan beliau layak untuk di mertabatkan. Secara khusus nya beliau tidaklah di persoalkan sangat, tetapi ‘ahli panel’ yang di lantik itu untuk menilaikan sesaorang itu yang layak untuk di pilih. Ini kerana imej agama Islam itu sendiri perlu di jaga.


Kalau seorang yang ‘berpelukan’ dengan bukan muhrim dan ‘bermain main’ di atas katil apakah ia layak di angkat sebagai tokoh maal hijrah? Beginilah penilaian Negara kita, rakyat di dahulukan, pancapaian di utamakan. Oleh kerana berjaya ke angkasa lepas, tokoh maal hijrah menjadi pulangan. Mungkin penghijrahan nya dari bumi ke angkasa yang menjadi pilihan ahli panel pemilih.

2009 sudah berlalu, dua orang penama terbilang telah pun di pilih sebagai tokoh maal hijrah negara kita. Malaysia tanah air ku, telah mengangkat ulamak tersohor Dr.Yusof Qardawi dan Dr.Mohd Yusof Nor dari Terengganu sebagai bintang maal hijrah tahun 2009 yang baru lalu.

Kita menghormati kekuatan mereka sebagai pakar dalam bidang masing masing, Yusof Qardawi ketokohannya sudah mencapai peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan Yusof Nor di peringkat tempatan sudah di anggap kriteria nya sudah layak untuk di pilih bagi mereka yang memilihnya. Ini bukanlah menggambarkan pilihan rakyat secara keseluruhannya.

Apa yang mengguriskan nya, ‘keceluparan mulut’ tokoh ini amat mendukacitakan sekali. Tidaktahu bagaimana beliau begitu layak di nobatkan untuk menjadi tokoh maal hijrah ini. Kelmarin didalam sinarharian versi timur 10/1/10 beliau berkata “sejarah buktikan UMNO parti pertahan kedamaian”, saya pun tidak tahu buku sejarah mana yang beliau ‘terjemahkan’ dan tambahnya lagi “keganasan dan rusuhan itu bukan budaya UMNO yang relevan berkonsepkan keamanan”.

Beliau berkata semasa majlis meraikan nya sebagai tokoh maal hijrah yang di anjurkan oleh UMNO Bahagian Besut.

“UMNO adalah ejen untuk mendamaikan dan jauh sekali daripada melakukan tindakan buruk, seperti membakar rumah ibadat agama lain” tambahnya lagi.

Sungguh cantik penilaian ke atas tokoh ini, itukah 1Malaysia yang di launglaungkan sebelum ini. Umno bukan parti keganasan tetapi mempertahankan kedamaian. Dalam peristiwa bom C4 yang menghancurkan Altantuya pergawati Monggolia itu siapa punya angkara? dan bom C4 itu adalah ‘objek’ larangan tidak boleh sesukahati membawanya keluar dari tempat simpanan, ianya perlu diluluskan dan dibawah kawalan ketat. Siapa punya angkara? adakah puak puak DAP punya ngkara?

Satu lagi bukti pertahan kedamaian dan bukan keganasan, meroboh masjid Bujal di Kemaman itu siapa punya angkara? adakah yg merobohkan itu ektrim ekstrim dari parti makhal sakti? rasanya tidak perlu hendak memperbodoh bodohkan orang ramai.

Itu belum di ambil kira lagi kes tembakan di Batu Buruk Terengganu semasa malam ceramah oleh pembangkang. Kalau hendak dikatakan parti pembangkang ini ganas, hendak tanya sikit, sudah berapa orang telah di bunuh oleh puak puak parti Pas?

Yang ramai terbunuh dalam kes Memali itu angkara siapa? Apakah perbuatan ahli ahli parti PPP ke? Kalau hendak membuat kenyataan itu, fakir fikirkanlah. Baru saja di angkat sebagai tokoh maal hijrah, jangan kelak jadi ‘tokok mual hujah’ pula. Sepatutnya beliau dipilih sebagai ‘tokoh maal hijrah Umno’ atau kalau hendak lebih positifkan lagi, buatlah tokoh maal hijrah Barisan Nasional misalnya, itulah 1Malaysia. Kita kena tahu dan fahamkan erti malu dengan ketokohan yang ada.

Tidak banyak bezalah tu, antara pengankat dengan yang di angkat. Sebuk sebuk dengan 1Malaysia, tujuh buah gereja dah hangus..

-pulau docong