'Kampung bunian' bukan perbuatan kami kata Umno

Friday, September 28, 2012

Naib Ketua Umno Sembrong, Abdul Ghani Abdul Rashid menafikan yg Kg.Muafakat turut dikenali sebagai ‘Kg.Bunian’ itu adalah ‘retorik’ perbuatan dari Umno.

 

Kg. itu yg tidak berpenghuni mempunyai papan tanda yg ditulis ‘Cawangan Umno Sembrong’ ini bukan perbuatan kami dan lami tiada kuasa untuk menurunkan nya, kata beliau.

 

Difahamkan kawasan itu memang tidak ada kampong dan tiada penduduk, kemungkinan ini adalah perbuatan untuk menutup mata pihak berkuasa oleh pihak2 tertentu. Dalam lapuran sinarharian semalam, disitu adalah kawasan tanah simpan Kluang.

 

Abdul Ghani berkata, Umno cawangan Sembrong tidak pernah ditubuhkan pun sama sekali dan penggunaan nama parti itu amat dikesali kerana ia menyebabkan masyarakat memandang negatif terhadap Umno. “Pihak kami juga telah membuat aduan kepada Pejabat Tanah Daerah Kluang untuk mengambil tindakan ke atas aktiviti pencerobohan tanah di kawasan Hutan Simpan Kluang itu,” katanya.

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kahang, R Vidyananthan berkata, masalah pencerobohan yang berlaku di kawasan tanah Hutan Simpan Kluang itu akan diserahkan kepada pihak Pejabat Tanah Kluang. Tetapi Ab.Ghani berkata pula aduan telah dibuat dan pencerobohan itu telah diketahui sejak tahun lepas. Eloklah tu, ADUN kata lain naib ketua kata lain. Last last setahun tanpa tindakan, jika tak keluar lapuran akhbar 40 tahun, 40 tahunlah senyap begitu saja.

 

“Katanya, sehingga ke saat ini, belum ada pihak yang merujuk kepadanya untuk menyelesaikan masalah berkenaan.” “Masalah pencerobohan tersebut sudah saya ketahui pada tahun lepas hasil aduan peneroka dan penguatkuasaan daripada Pejabat Tanah sudah dilaksanakan. Namun masih belum ada penyelesaian hingga kini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

 

“Setakat ini, maklumat yang saya perolehi, peneroka haram yang terlibat kebanyakannya terdiri daripada orang luar. Hanya dua atau tiga orang sahaja yang berasal dari Sembrong. Bagaimanapun kita masih tidak tahu siapa yang terliba Sinar Harian semalam melaporkan kewujudan 'kampung bunian' di jalan Kluang-Kota Tinggi berhampiran ladang Felda Bukit Tongkat yang hanya mempunyai papan tanda, tetapi tiada sebarang perumahan dan penduduk. Sebaliknya, siasatan Pejabat Tanah Daerah Kluang mendapati, kawasan seluas 254.9 hektar di situ telah dipenuhi tanaman kelapa sawit dan sayur-sayuran hasil pencerobohan yang dilakukan selama bertahun-tahun lamanya tanpa disedari mana-mana pihak.- tips/h