Khaled Ismeth tidak jawab 20 soalan Polis semalam

Wednesday, September 26, 2012

Khaled Ismeth seorang aktivis pengajian tinggi telah digantung pengajiannya di UiTM, dan beliau semalam hadir bersama peguam nya ke Balai Polis Dang Wangi untuk memberi keterangan berkaitan dgn ‘Himpunan Merdeka Kampus’ di Dataran Merdeka September lalu.

 

Beliau berkata agak pelek, kenapa lapan orang rakan nye lagi tidak dipanggil dan ada pihak menganggap nya menjadi dalang sedangkan beliau sendiri tidak hadir kerana ada urusan lain diPerak.

 

Khaled yg ditemani peguam memilih untuk berdiam diri apa bila diajukan lebihkurang 20 soalan yg tiada langsung kaitan dengan himpunan itu. Dia hanya menjawab bila ditanya data peribadi sahaja.

 

Dirasakan pihak penyiasatan kurang ‘gembira’ dgn keterangan itu, kemungkinan beliau akan dipanggil semula dilain kali, tambahnya. – tunmamat/sh