Video: gadis 8 tahun bercakap pasal jihad diintip Polis Australia

Tuesday, September 18, 2012

Ruqaya sedang dijulang semasa demonstrasi


Satu rakaman video menunjukan kemunculan seorang gadis kecil berusia 8 tahun bercakap tentang cintanya terhadap Jihad dan kebangkitan rakyat Syria semasa persidangan Islam di Australia baru baru ini.



Gadis kecil itu membuat komen yg agak kontroversi apa lagi ketika beliau muncul dalam satu persidangan di perhimpunan Islam, manakala bandar Sydney Australia terus dipanaskan oleh pelbagai urusan dengan berita2 kejatuhan dari rusuhan ganas dan tangkapan pada hujung minggu lalu.

Kemunculan gadis itu Ruqaya, berusia lapan tahun, telah difilemkan ketika ia bercakap semasa persidangan diadakan oleh bab Hizbut Tahrir Australia di Bankstown, barat Sydney dengan jodol 'Kebangkitan Islam’.

Pihak berkuasa Australia kini sedang menyiasat latar belakang gadis kecil itu, yang mana percakapan kecintaan kepada Jihad telah difilemkan yg juga mengaitkan perang suci atau perjuangan rohani serta pemberontakan ganas di Syria dan komuniti global sekarang, dengan kebangkitan Islam.

Menurut 9News , Video itu menunjukkan gadis kecil berkata: 'kebangkitan ini telah menunjukkan bahawa ummah ini masih hidup dan juga sentimen beliau adalah untuk Islam, cintanya adalah untuk jihad

'Kanak-kanak yg terlalu muda itu agak berani bercakap mengenai diri nya, boleh dilihat di jalan-jalan yang menyertai demonstrasi kebangkitan, dan kepada penjihad demi mempertaruhkan nyawa mereka untuk membawa makanan, air dan ubatubatan untuk ahli-ahli keluarga mereka yang cedera, serta ramai diantara mereka tidak akan kembali kepada ibu-ibu mereka ... “Tiada siapa yang terlalu muda” tambahnya.

Sydney adalah tempat perhimpunan hujung minggu, serta menyentuh sebahagian daripada demonstrasi di seluruh dunia telah diadakan, bagi mem protes terhadap video AS yg menghina Nbi Muihammad dan anti-Islam.

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di bandar Australia, dengan 17 cedera dan enam ditangkap dan didakwa pada hari Sabtu lalu. – edit by najaf