50 badot depan Pej.PKR kelmarin

Monday, March 14, 2011


Lebihkurang 50 orang berkumpul di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini untuk membantah keengganan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi DNA kepada polis.

Diketuai oleh pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, mereka menuntut supaya Anwar tidak diberi layanan istimewa oleh mahkamah.

Katanya, keadilan bukan sahaja mesti diberikan kepada Anawr tetapi juga kepada Mohd Saiful Bukhari Bukhari Azlan yang mendakwa menjadi mangsa liwat.Turut hadir ialah 10 wakil PERKASA.

Sehubungan itu, Halik Zaman yang juga memegang jawatan Teknologi Maklumat dalam Majlis Presiden PKR Sabah menyifatkan tindakan 50 orang dari GAPS dan PERKASA itu sebagai perlakuan kebudak-budakkan dan tidak mempunyai pengetahuan dari segi perundangan khas nya.

"Mengadakan perhimpunan tanpa permit polis boleh pula dibenarkan kalau ia menguntungkan UMNO/BN dan kumpulan badot-badot itu tentunya didalangi oleh UMNO kerana pihak polis tidak berbuat sesuatu," bidas Halik.

Tegas Halik lagi, "Harus difaham menurut perundangan bahawa bukan tugas Anwar Ibrahim untuk membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau tidak bersalah 'innocent' tetapi ia adalah tugas Pendakwaraya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim bersalah dan tidak ada sebab kenapa Anwar dipaksa memberikan DNA beliau kepada mahkamah?."

Halik Zaman menasihatkan kepada Hamidzun Khairuddin samseng GAPS dan badot- badot PERKASA agar jangan campur tangan dalam urusan mahkamah.

“Kalau benar-benar inginkan kebenaran, ajak Perdana Menteri bubarkan sahaja Kerajaan BN dan kebenaran pasti ada di situ,” ujar Halik dalam nada geram. – sabahkini