Saudara Pengarang,
Teori Kemungkinan kebarangkalian yang dijaja dari mulut ke mulut di Kota Kinabalu, ada asasnya untuk mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terlibat dalam Skandal Video Seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang;
memandangkan bapa mertuanya, Datuk Shuib Lazim dan C.E.O kanan sebuah agensinya, RISDA, Datuk Rahim Thambi Chik dikatakan terlibat secara langsung dengan isu berkenaan.
Saya tidak bermaksud untuk menuduh Shafie terlibat secara langsung, namun penglibatan bapa mertuanya dan pegawai kanan agensi di bawah Kementeriannya, tanpa ‘RESTU’ beliau bagaikan lagu tanpa irama atau ibarat keris tanpa ulu.
Isu video seks tersebut bukan sahaja memalukan rakyat Malaysia, malah membuktikan tidak ada kebebasan hak asasi manusia di Malaysia kerana hak peribadi seseorang begitu mudah diceroboh dan dirakam; setelah insiden yang serupa berlaku ke atas Chua Sooi Lek.
Bukankah isu yang digembar gemburkan ini akan menyebabkan pelancong takut untuk datang ke Malaysia kerana bilik hotel begitu mudah dipasang CCTV atau kamera tersembunyi tanpa sebarang sistem keselamatan peribadi?
Isu video lucah yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang bukanlah isu penting tetapi sengaja digembar-gemburkan; apatah lagi dengan penyerahan jam Omega (kononnya mempunyai DNA pemimpin pembangkang) dan VCD rakaman CCTV kepada pihak polis, namun tidak akan dapat membuktikan apa-apa kerana dua barang tersebut saksi bisu dan kaku.
Pelacur China dalam video berkenaan mungkin salah seorang daripada 50,000 GRO dan warga China yang gagal dikesan oleh Jabatan Imigresen kerana masuk ke Negara ini secara sah; tetapi tidak ada rekod mereka meninggalkan negara ini kerana ‘Ada wang Semua Boleh Jadi’; buktinya Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen ditangkap SPRM kerana mendalangi semua kegiatan ini.
Penglibatan ‘Datuk T’ iaitu singkatan bagi ‘Trio’ Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dalam skandal video seks berkenaan tidak menarik minat saya, tetapi kemungkinan penglibatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi tumpuan rakyat kerana melibatkan maruah UMNO disebabkan kedudukannya sebagai Naib Presiden.
Saya tidak ingin mengganggu siasatan polis, namun ada baiknya Datuk Shafie turut dipanggil sebagai saksi kerana penglibatan bapa mertua dan C.E.O agensi di bawah kementeriannya mirip kepada perkenan Shafie; sebelum video ini didedahkan kepada media.
Kedudukannya sebagai ‘Blue Eye Boy’ kepada Najib, Shafie telah memalukan Najib apabila Anwar tanpa ragu menuduh Najib dalang di sebalik skandal video seks berkenaan kerana dua Datuk yang mengaku menjadi dalang adalah berkait rapat dengan Shafie.
Tidak mungkin Shuib tidak meminta restu atau tidak menunjukkan video berkenaan kepada Shafie kerana Shuib telah menunjukkan video tersebut kepada anak saudaranya, Datuk Johari Abdul.
Memandangkan hubungan Shafie dengan bapa mertuanya dan Rahim agak rapat, maka adalah tidak mungkin mereka membelakangkan Shafie, melainkan jika Rahim tidak lagi mahu menjadi Pengerusi RISDA dan Shuib sudah bosan menjadi bapa mertua Shafie.
Shafie sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kepercayaan Najib setelah gagal beberapa kali dalam percubaannya untuk merampas kuasa politik daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; namun sehingga kini beliau gagal dan akan terus berusaha sehingga berjaya dalam konspirasinya.
Salam Hormat,
ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH -S/kini
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
3 hours ago