Kekejaman Saudi menyaingi Israel, siapa yg bertepuk tangan?

Friday, March 18, 2011


Pemerhati politik membandingkan kekejaman yang dilakukan oleh Arab Saudi dengan brutalism Israel, ekoran dari penghantaran tentera Riyadh ke Bahrain dalam operasi membantu memadamkan protes anti-pemerintah disana. Ini kerana katanya bakal merebak ke Arab Saudi jika dibiarkan, mencegah terlebih dahulu katanya.

Pada 14 march, Arab Saudi mengirim seribu tenteranya ke Bahrain untuk menindak para penunjuk perasaan Bahrain yang menuntut penamatan dinasti al-Khalifa.

Hal ini mendorong penganalisa politik untuk meninjau kembali kekejaman rejim Saudi sepanjang sejarah dan mengemukakan pertanyaan, apakah bezanya rentak Saudi dengan Israel?"

Rejim Zionis Israel memusnahkan Palestin dan mengganti namanya menjadi Israel, dan dinasti Saudi menyerang Hijaz dan menjadikan nama keluarga sebagai nama negara Arab Saudi.

Israel menyerang Lebanon dan Gaza dengan alas an bagi mewujudkan keamanan, sementara Saudi melancarkan serangan terhadap warga awam Bahrain untuk mencegah gelombang protes anti-pemerintah itu menyebar dan merebak ke Arab Saudi

Israel melanggar beberapa ketetapan antarabangsa dan penggunaan senjata non-konvensional terhadap Gaza dan Lebanon. Manakala Arab Saudi pula menggunakan peluru tajam dan gas saraf ketika menyerang rakyat Bahrain yang sedang berarak untuk meluahkan perasaan tanpa senjata.

Israel menyerang tama perumahan, hospital dan sekolah-sekolah, sementara itu Arab Saudi menyerang ambulans dan hospital di Bahrain termasuk penembak tepat nya yg menembak seorang jururawat Bahrain yg sedang membantu mangsa rusuhan semalam 17hb march.

Israel membuat penculikan, pengeboman dan berbagai operasi terror ke negara lain demi mempertahankan ke egoan nya. Adapun Saudi telah menyiapkan AlQaeda bagi melebarkan dominasinya dan mengirim kumpulan teroris ke Iraq supaya dapat melancarkan keganasan diarea pendudukan tersebut.

Dengan perbandingan tersebut, masih belum jelas pula siapa yang yang lebih kriminal dan kekejaman nya antara Israel dan Arab Saudi. Namun satu fakta yang pasti bahawa keduanya mendapat sokongan penuh dari Amerika Syrikat, dan kita perhatikan pihak manakah yg bertepuk tangan?. – irib/m’cahaya