Para penunjuk perasaan anti-pemerintah membanjiri jalan-jalan di Arab Saudi timur bagi menuntut reformasi politik. Di bawah kawalan ketat petugas keamanan dengan senjata lengkap mengawal sekitar 500 orang, terutama Syiah, yg turun ke jalan-jalan di kota Hufuf, Qatif dan Awamiya pada hari Jumaat semalam.
Tidak ada laporan tentang kecederaan antara demonstrat dan pasukan keamanan walaupun sebahagian besar mereja berjaga-jaga di sepanjang. Lebihkurang sepuluh orang ditangkap kerana mengambil bahagian tunjuk perasaan anti-pemerintah.
Semalam, kerajaan Saudi mengerahkan ratusan polis di Riyadh, dan bandar bandar utama lainnya mengawal keadaan bermula selepas sembahyang jumaat.
Sejak pagi, pasukan keamanan membuat sekatan jalanraya dan mendirikan pos-pos pemeriksaan di seluruh ibukota dan bandar besar lainnya.
Di ibukota, beratus ratus pasukan Polis berpakaian biasa mengepung masjid tempat penunjuk perasaan berkumpul. Ketua Hak asasi manusia PBB Navi Pillay meminta pemerintah Saudi untuk mengawal dan memberi kebebasan kepada rakyatnya.
Sehari sebelumnya, polis Saudi melepaskan tembakan untuk meleraikan protes di bandar timur Qatif, yag mencederakan sekurang kurangnya tiga demonstrat Syiah. Para saksi mengatakan, polis juga memukul para demonstrasi dengan belantan.
Demonstrasi itu merupakan lanjutan dari protes yang telah berjalan dalam tiga minggu terakhir. Ramai pendemonstrasi ditangkap oleh pihak berkuasa Saudi.Bagi meredakan ketegangan, pihak berkuasa Saudi membebaskan 25 penunjuk perasaan Syiah yang ditahan dalam beberapa minggu sebelum ini. Walaupun Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal, telah mengancam akan bertindak tegas diatas segala bentuk protes, namun rakyat Qatif tetap berdemonstrasi.
Di segi lain, lebih dari 32.000 penduduk Saudi menyatakan sokongan seruan pelaksanaan demo Jum'at, (11/3) dan 20 March akan datang.Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, telah meningkatkan kawalan nya di bandar Qatif.
Sebuah kumpulan di Facebook, yang memiliki lebih dari 17.000 ahli, juga menyerukan untuk sebuah "Revolusi Saudi" pada 20 march ini. Puluhan ribu rakyat Saudi telah bergabung dengan gerakan itu.- edit dari Krisman/Repukb
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
2 hours ago