Nyawa nya terselamat diindungi Al Quran semasa anti Gadhafi & klip video

Tuesday, March 1, 2011

Terdapat juga beberapa kejadian unik ataupun 'keajaiban' dalam setiap peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam suasana revolusi rakyat yang telah melanda negara-negara Arab sekarang.

Sebelum ini antaranya yg berlaku diMesir umpama nya majlis perkahwinan para demonstrater di dataran Tahrir dan tersebar nya rakaman “hantu berkuda” yg muncul dicelah celah ribuan orang.

Baru baru ini kejadian yang bisa dikatakan sebuah "keajaiban" terjadi juga di revolusi rakyat Libya yang menuntut presiden mereka meletak jawatan.

Terdapat juga rakaman video Youtube berkait "keajaiban" yang telah terjadi dalam revolusi Libya.

Dilaporkan bahwa seorang demonstrasi anti Gaddafi terselamatkan nyawanya dari tembakan para penyokong pro Gaddafi oleh sebuah Al-Quran.

Dikatakan beliau meletakan al Quran dibalik bajunya, dan sebuah tembakan senapang telah ditujukan kepada nya. Namun Subhanallah, peluru tidak menembusi tubuh mangsa itu kerana peluru yang ditembakkan terlebih dahulu mengenai Al-Quran dalam baju yg di bawa nya.

Dalam rakaman video diperlihatkan bahwa tembakan peluru yg mengenai Al-Quran hanya menembusi beberapa surah awal yang ada di Al-Quran, mulai dari Al-Fatihah hingga surah An-nisaa.


Kalau Allah sudah berkehendak segala sesuatu boleh saja ianya terjadi, wallahualam – eramuslim/m’cahaya