Perangai hodoh sukar dielakan... amno Jerteh

Saturday, March 19, 2011


Sudah menjadi tradisi bagi puak puak ni, tak payah nak buat sebarang alasan, sejak dulu kini dan selama nya ia nya hampir mustahil untuk berubah. Perangai kalau dah buruk dibasuh dan dikicah bagaimana sekali pun, agak sukar untuk dibersihkan.

Malam ini di Jerteh Pas mengadakan “Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS ganti Umno” yg dijangkakan Datuk Seri Hadi Awang, Datuk Nik Aziz, Dr.Tan Seng Giaw, Azmin Ali, Bob Lokman dan CikGu Mala bakal memeriahkan suasana. Majlis ini sejak sebulan lalu telah dirancang, dan pihak yg mengelolakan nya sudah war warkan dan poster poster dinaikan.

Tiba tiba disaat saat akhir puak Umno pulak turut mengadakan majlis ceramah nya dengan tarikh yg sama dan masa yg sama serta lokasi nya bersebelahan yg hanya dipisahkan dengan sungai Jerteh berhampiran dengan masjid Hadhari. Kalau di sebelah pihak Pas, Azmin Ali diundang untuk berceramah, dalam program Umno ini pula pihak nya menjemput adik nya pula Ummi Hafilda Ali.

Yang agak ‘banggang’ nya Wan Mohd Arif Rashidin dari Umno Jerteh berkata, kita juga sudah merancang lama untuk mengadakan majlis ini. Katanya lagi “Umno sudah menetapkan tarikh yg sama, Cuma tidak menghebahkan saja ada nya majlis itu kerana penceramah jemputan belum memberi jawaban untuk hadir”.

Rasa macam bodoh pulak bila difikirkan, buat majlis untuk orang ramai tapi tak mahu beritahu orang ramai yg majlis akan diadakan. Kalau penceramah undangan jadi atau tidak untuk hadir, itu soal lain. Kata telah dirancang dengan lama. Konon nya untuk provoke majlis anjuran Pas tapi tak mahu mengaku.

Dia fakir semua rakyat bodoh ke..nak habaq kat hang ‘bukan kat Jerteh jer perbuatan bodoh sombong ini berlaku, kat Pahang, Melaka sama saja. Bukan kali ini saja, dah lama dah kegiatan sumbang ini dibuat.

Perangai buruk kalau diamalkan memang susah untuk berubah, tunggu dan lihat sajalah nanti…