Pengkebumian olok olok oleh penyokong Gadhafi

Saturday, March 26, 2011


Pada hari khamis lalu 24/03 pihak tv Libya menyiarkan pengkebumian beramai ramai. Wartawan CNN Nic Robertson yg sempat mencium bau berita berkesempatan ke lokasi pengkebumian beramai ramai itu...

Beliau merasa hairan dalam ramai yg hadir untuk pemakaman ‘orang awam yg terbunuh’ kerana serangan dari sekutu Amerika itu, tiada ahli keluarga mangsa yg terbunuh itu hadir.

Malah ratusan orang yg hadir merasa marah apabila keranda yg dibuka hanya kosong sahaja. Mereka merasa tertipu kerana perbuatan itu hanya untuk mengkelabui mata dunia bagi menunjukan ramai orang awam yg terbunuh dalam serangan udara.

Para wartawan asing mengatakan mereka tidak Nampak terlalu ramai sangat yg terkorban. Pihak pemerintah sanggup membuat pengkebumian olok olok untuk disiarkan di TV. – All Voice/trib