Amerika Syarikat mengikuti perkembangan Bersih 2.0

Friday, July 15, 2011


Amerika tidak ketinggalan turut memerhatikan program Bersih 2.0 sabtu lalu. Dinyatakan sendiri oleh kementerian luar nya Mark Toner.

Pegawai dari jabatan Luar Amerika Mark Toner, berkata “kerajaan Malaysia perlu juga untuk memberi kelonggaran bagi mereka meluahkan aspirasi demokratik secara bebas”

Dalam satu wawancara , Toner mengatakan dia merasa ingin tahu dan prihatin atas kejadian yang berlangsung pada 9 julai lalu.

‘Saya harap demonstrasi itu akan dilakukan secara damai, jadi kami merasa perlu diambilkira dan memantau secara adil dan baik” tambah nya lagi.

Banyak press luar yg membuat rakaman dan boleh dinilakan. Sebelum pejabat Amerika Syarikat reaksi nya itu, PBB dan beberapa lembaga hak asasi manusia menyatakan sangat khuwatir atas tindakan yg keterlaluan kepada para pendemo dari kumpulan Bersih itu.

''Kerajaan Malaysia perlu mengadakan investigasi segera bagi mengatasi penggunaan kekerasan yang berlebihan dan penahanan tanpa izin oleh pasukan Polis,'' kata Human Rights Watch, organisasi HAM yang berpangkalan di AS.

Namun begitu kerajaan Malaysia membela tindakan yang diambil pasukan Polis, dan mengatakan perbuatan itu haram dan pihak Polis telah mengambil tindakan secara secara professional.

Walaupun dihalang pasukan keselamatan, pulohribuan rakyat Malaysia telah turun ke jalanraya Sabtu lalu, dan dikenali sebagai himpunan Bersih 2.0 – megasuria/teks BBC