Poster Kuning “Anda memasuki daerah yang dikawal hukum syariat Islam" tersebar luas di London

Thursday, July 28, 2011


Di Britain sekarang trend penyebaran maklumat menular dengan agrsif, ini termasuk poster poster kecil yg ditampal di merata rata termasuk Bandar London.

Yang tertariknya sekarang terpdapat pula poster yg berwarna kuning dan bertulis “Anda memasuki daerah yang dikawal hukum syariat Islam" Poster yg ditampal itu juga mengandungi larangan perjudian, pelacuran, arak, konsert, dan rokok

Seorang Ulama yg agak tegas Anjem Choudary, mengaku bertanggung jawab dengan pemyebaran maklumat itu. Ia ingin menentukan batas antara kawasan muslim dan non-muslim, tambah nya lagi.

Menurut pemimpin organisasi Islam4UK itu, pihaknya telah menyiapkan 10 ribu hingga 50 ribu poster kecil dan striker untuk ditampal. “Kami akan menampal di 25 kawasan yang dianggap kerajaan sebagai tempat yg extreme dan menetapkan daerah itu sebagai kawasan adanya syariat Islam,” kata Choudary.

Kawasan yg ditampal di London antara lain termasuklah di Waltham Forest, Tower Hamlets, dan Newham. Katanya berlaku pula rasa tidak senang dari penduduk setempat. Sebagaimana lapuran Daily Mail, pihak Polis pula sebuk untuk menanggalkan pula poster poster yg ditampal itu

Dimaklumkan perbuatan itu timbul setelah beberapa bulan lalu banyak tersebar poter poster “kawasan bebas gay” yg ditampal diarea yg hampir sama, termasuk Tower Hamlets. – edit by megasuria teks Faisal Assegaf/Dailymail