hei bag bag plastik kuning hang kena jaga jaga sikit
Hai bukan senang nak mengguling kerajaan nii.. ntahlah kerajaan mana didunia ini yg kerajaan nya Berjaya digulingkan dengan hanya buat perhimpunan untuk serah nota bantahan ke istana? Kerajaan negeri Antah Berantah ke, kerajaan Kg.Pinang Sebatang pun tak begitu.
Retetan seterusnya perhimpunan Bersih ini di dakwa mangandungi dakyah komunis. Satu hal pula kononnya.
Sebelum itu katanya, perhimpunan Bersih 2.0 diserap oleh anasir asing dan dua orang asing itu telah ditahan di Singapura.
Kelmarin dulu dilapurkan akhbar ditemui pula botol botol molotof cocktail dan sejumlah parang. Yang cantik nya parang yg dijumpai sejenis saja dan merupakan spesis parang kupas kelapa. Apakah mampu parang itu digunakan untuk menghadapi M16? kereta perisai dan C4? Itu belum diambilkira lagi jet F15E tanpa injin dan scorpene lagi.
… dan tadi dalam Sinarharian, ditemui pula 4 laras senjata api.. pulak dah..
Cerita nya “senjata itu adalah senapang patah buatan sendiri dan dijumpai oleh seorang pemilik jimnasium di rumahkedai jalan PJS 3/36, Sri Manja Jln Kelang Lama, Petaling Jaya.
Ehmm..pemilik jimnasium itu pada mula nya takesah sangat ada bungkusan plastic kuning diatas tangga itu. Tetapi apabila dua tiga kali dia lalu dan bungkusan itu masih ada dan tidak dituntut, lalu dia buat report.” yg lucu nya dia report kerana bertemu bungkusan bukan bertemu senjata. Bungkusan pula adalah plastic kuning.
Macam sebelum itulah, bila jumpa parang dan botol petrol ada sumbu dia kata terpandang kelibat 3 orang berkopiah putih. Konon nya geng pembangkanglah sebab ada kopiah puteh. Kenapa dia tak pakai kopiah kuning? Peninglah kalau macam ni, macam tipu diri sendiri jer.
Bila polis tiba dan siasat baru tahu yg dalam bungkusan itu adalah senapangpatah tiruan yg siap dipasang lagi. Lain kali bag bag dan bungkusan plastic jangan letak sebarangan nanti kena report pulak… padahal Negara kita ini dah aman damai dah.
Kenapa tak rampas pistol pistol air yg kat kedai tu,.. bahaya jugak pistol air tu, boleh bersaing ngan water canon.
Kalau nak provoke biarlah logic sikit, orang bisu kalau tahu cerita ni pun boleh ketawa.
Kami sedang siasat dan ambil sample DNA katanya… macam bodo jer rasanya.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
16 hours ago