Kalaulah menteri Malaysia macam ni, pening ahli Perlimen...

Wednesday, July 20, 2011


Perdana Menteri Pakistan Syed Yousuf Raza Gilani menghantar Hina Rabbani Khar sebagai menteri luar negeri yg baru dalam pertemuan Pakistan – India pada 26 julai nanti.

Hina Rabbani juga merupakan seorang menteri Pakistan yg paling muda dan cantik berusia 34 tahun. Dia pada asal nya dari parti PML-Q ketika Pervez Musharraf berkuasa dan pada 2008 mula bergabung dengan parti pemerintah sekarang.


Menurut sumber resmi, penghantaran Hina Rabbani direstui Presiden Asif Ali Zardari. Kerajaan Pakistan berharap menteri luar negeri yang baru ini benar-benar dapat mencari jalan penyelesain yg baik dalam pertemuan dengan India nanti. Tugas ini diserahkan kepada Hina Rabbani Khar," kata sumber tersebut.



Pakistan tidak mempunyai menteri luar sejak Shah Mehmood Qureshi disingkirkan dari kabinet Februari lalu ketika kes penangkapan kontraktor intelijen luar negeri Amerika Syarikat (CIA) Raymond Davis.

Hina Rabbani merupakan anak kepada bekas ahli politik veteran Malik Ghulam Noor Rabbani Khar Penyertaan Hina Rabbani ini bagi menobatkan dia sebagai menteri luar negeri termuda Pakistan.