Pesawat pejuang China mengejar kapal pengintip Amerika, tetapi dipintas pula jet pejuang Taiwan

Wednesday, July 27, 2011

spesis yg sama Shukoi-27

Dua buat jet pejuang China terpaksa melewati ruang udara Taiwan untuk mengejar sebuah kapalterbang pengintip Amerika Syarikat.

Kerana terpaksa memasuki ruang udara Taiwan unrtuk menghambat kapalterbang Amerika kedua jet tempur China Su-27 itu terpaksa pula menghadapi dua buah pesawat tentera Taiwan yg dihantar bagi mengawasi ruang udara nya, lapur United Daily News/AFP.

Pesawat AS dikatakan terbang sepanjang Selat Taiwan untuk mengumpulkan maklumat tentang China Jun lalu.

Salah satu jet tempur China menyeberang di tengah Selat Taiwan, yang dianggap sebagai sempadan antara wilayah udara Taiwan dan China.

"Jet itu tidak berpatah berbalik sehingga dua jet tempur F-16 Angkata Udara Taiwan bergegas terbang untuk menghalang nya," kata sumber kementerian pertahanan Negara itu. Kementerian pertahanan Taiwan berkata “insiden merentasi selat berlaku pada 29 Jun lalu” dan pihak kami merasa khuatir.

"Tentera China pula menafikan China… dan selama ini Beijing menganggap Taiwan adalah sebahagian dari wilayahnya dan tidak menolak kemungkinan merebut Taiwan dengan kekuatan, meskipun negara pulau itu telah memerintah sendiri sejak 1949, dan terpisah dalam perang saudara.

Amerika Syarikat pula berperangai jahat, apabila memberi pengakuan diplomatik kepada Beijing dalam kes itu kemudian menjual persenjataan pula kepada Taiwan bagi mempertahankan diri. – edit by megasuria & teks Antara.