Himpunan Mansuhkan ISA akan dibuat di ibunegara pada 1hb Ogos 2009 oleh Gerakan Mansuh ISA yang kebanyakannya adalah dari Pakatan Rakyat. Manakala gerakan yang menyokong ISA (PRO-ISA) juga akan berkumpul juga sebagai tanda sokongan kepada Akta ISA ni dan juga menghalang gerakan Anti-ISA memasuki istana negara.
Puak Anti ISA akan berbaju hitam manakala puak Pro-ISA pula akan memakai baju putih. Penganjur demontrasi Anti ISA sudah memesan kepada mereka yang akan memakai baju hitam ini supaya jangan membawa senjata, bawa bersama plastik dan garam (sebagai tenaga kalau disembur air kuning) kerana mereka pasti akan diprovok secara hebat dari puak Pro-ISA dan FRU.
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang merupakan gabungan badan-badan bukan kerajaan dan parti pembangkang akan mengadakan perarakan ke Istana Negara pada pukul 2 petang Sabtu depan dari beberapa lokasi bagi menyampaikan memorandum itu.
Dato Seri Najib ada memberi kenyataan semasa membebaskan 13 tahanan ISA semasa di peringkat awal menjadi PM untuk mengkaji semula AKTA Ikut Suka Aku ni. Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.
Begitu juga dengan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris), yang terdiri daripada gabungan 10 badan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Graduan Melayu Malaysia (GGMM) akan mengadakan perarakan yang sama ke Istana Negara bagi menyokong pelaksanaan Akta ISA pada hari yang sama.
Demonstrasi adalah satu dari proses demokrasi dan biasa dibuat di mana-mana negara yang mengamal demokrasi. Biasanya demnotrasi-demontrasi sebelum ini hanya melibatkan sebelah pihak sahaja tidak seperti 1 Ogos ini.
Pada siang tadi, kami difahamkan kumpulan yang menyokong kewujudan ISA mula berfikir semula untuk meneruskan perarakan itu. Antara nya kumpulan dari persatuan seni silat lincah Malaysia. Ini berikutan larangan dari pihak Polis supaya tidak meneruskan hasrat itu. Sebelum ini, persatuan tersebut telah menyatakan sokongannya untuk bersama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang menganjurkan perhimpunan tersebut, ekoran tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan anti-ISA pada hari yang sama.
Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju menasihatkan semua anak muridnya supaya akur kepada arahan polis supaya tidak menyertai perhimpunan pro-ISA Sabtu ini.
Namun begitu PEWARIS tetapa ingin untuk meneruskan nya sekira pihak dari GMI yg menentang penggunaan ISA ingin untuk meneruskan perarakan itu. Kemungkinan juga esuk akan merubah perancangan mereka, kerana waktu masih lagi 48 jam untuk tiba ke kemuncak nya.
Di harap tidak berlaku kekecohan dan pergaduhan antara dua kumpulan ini yang dipercayai majoritinya ialah Melayu Islam. Pihak FRU juga pastinya sudah bersedia dengan water canonnya.
Kepada mereka yang menyertai demo ini dari kedua belah pihak jagalah tingkah laku anda jangan sampai berlaku perang saudara dan pertumpahan darah!
- ref:I/hangat/editor4 mengejarcahaya
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
21 hours ago