Para pembesar Barisan Nasional terus bermuka kebanggaan lantas memperlekehkan jentera Pas, gara gara pilihanraya kecil di Manik Urai. Di dada dada akhbar ‘miliknya’ terus terbentang berita yang bermotifkan ‘syok sendiri’.
Pas menang tipis 65 undi, rakyat kelantan sudah bertukar sokongan, Umno: Lebih 50% janji sokong BN, PAS menang nyawa-nyawa ikan dan pelbagai tajuk lagi yang dihamburkan demi untuk menyejukkan hati sendiri. Kesemua kenyataan yang dibuat oleh mereka ini, seolah olah tidak dapat menerima kenyataan yang mereka mengalami kekalahan di Manik Urai
Bab kemorosotan mejoriti Pas jika dibandingkan dengan pilihanraya umum lalu, memang agak ketara dan jika itu kaji semula ia sudah menjadi satu kaedah lain. Kemenangan tipis adalah jauh lebih baik dari kekalahan tipis. Puak puak ini gagal untuk menerima hakikat sebenar. Yang TPM berada di Manik Urai itu sudah keluhkesah diperingkat awal lagi. Kenapa di hari pengundian cepat cepat pulang awal ke KL?Apabila keputusan di ketahui, mereka mula ‘bertempik’ “kita sebenarnya menang dari segi moral” dan PM kita sudah memenangi hati rajyat dengan 11 pekara, itulah 1Malysia.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata kekalahan tipis itu juga merupakan amaran awal kepada parti pembangkang dan dengan sendirinya membuktikan bahawa Umno dan BN masih relevan.
Dalam kalian terus berbangga kerana mejoriti Pas menjunam ke 65 undi saja, mereka tak sedar atau mereka tak fakir atau pun pura pura tidak tahu, yang hasil kemerosotan itu adalah gerakerja dan usha usha nya yg tanpa jemu memujuk para pengundi dalam apa cara sekali pun. Pembahagian duit, berjanji ingin menjadikan Manik Urai sebagai ‘bandar pertanian moden’ atau “agropolitan” dan kerajaan pusat akan menjadikan Manik Urai sebagai ‘anak emas’ dan sekarang apabila kecundang, Manik Urai jadi apa? ‘anak lemas’? depa punya pujuk sehinggakan berjanji untuk membuat jambatan baru bernilai 7 hingga 10 juta..tetapi tidak juga kesampaian.
Mana tidak mejoriti berkurangan, sehinggakan pihak Pas membuat lapuran polis disebabkan mereka ini terdesak untuk meraih sokongan dan ‘menaburkan’ sesuatu yg turut disaksikan oleh anggota MAFREL, satu badan sukarela pemerhati pilihanraya. Empat hari selepas menang tipis dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, PAS membuat aduan di balai polis Kuala Krai berhubung taktik Umno membayar elaun tambang kepada pengundi luar yang pulang untuk mengundi pada 14 Julai lalu. Dalam laporannya, Mahadi berkata beliau dimaklumkan oleh petugas parti itu mengenai aktiviti tersebut pada kira-kira jam 10.30 malam 14 Julai, dan beliau bersama seorang peguam dan empat petugas sukarela dari Mafrel telah pergi ke tempat tersebut.
Tok Guru Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan "rasuah politik" yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan yang berlebihan di kawasan tersebut. "Oleh itu, saya tidak hairan mengapa calon PAS, mendapat majoriti tipis dalam pilihan raya kecil itu berbanding calon Umno," katanya.
Rasanya tidaklah sepelik mana dengan kekurangan mejoriti dalam pilihanraya itu. Apalagi konsep pilihanraya kecil tidak sama dengan pilihanraya umum. Dalam pilihanraya kecil kesemua jentera di tumpukan ke satu tempat, dari merata ceruk akan tertumpu ke situ, tak kira parti pemerintah atau pun dari pihak pembangkang. Jadi mereka ‘berbuat apa saja’ untuk memperolihi kemenangan.
Kesemua jentera kerajaan akan ‘berkubang’ di satu satu pilihanraya kecil. Tak kira apa, JKR ke, kementerian kesihatan ke, kementerian pelajaran ke, Penerangan ke, RISDA ke, sehinggakan kereta perisai dan helicopter yang turut memeriahkan pilihanraya kecil. Itu untuk bagi pihak BN, bagi pihak Pas apa yang ada? Habis kenapa pula memperlekeh lekehkan Pas dan ‘mengejek’ Pas yg perolih mejoriti 65 undi. Pas lawan BN ke Pas lawan Kerajaan Malysia?
Sepatutnya depa malu kerana kekalahan itu,ini kalah pulak rasa bangga. Ditekan di asak sedemikian rupa, rasa hairan pulak Pas boleh menang, apatah lagi calun nya hanya se orang peraih ikan sahaja, yang boleh ‘menunduk’ kan pihak lawan yang jauh lebih ‘terpelajar’ kata nya. Mana nak letak muka?
- merapu jalanan
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
21 hours ago