Datu' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke6 kini mengorak langkah ke alam siber juga sepertimana para menteri menteri yang lain. Mengikut info yang diberikan dibahagian FAQ, antaranya :
1Malaysia.com.my is the personal website of Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Dan yang paling menarik, dinyatakan bahawa Najib sentiasa meneliti blog ini dan terlibat secara langsung bagi kemaskini blog.
Walaupun mengikut catatan blog Najib,ianya mula ditulis pada 19.9.2008, tetapi blog ini tidak menyerlah ataupun diketahui umum.
Jauh berbeza dengan pemimpin Pakatan Rakyat atau beberapa pemimpin Barisan Nasional, blog mereka mendapat begitu banyak hits malah www.chedet.co.cc yang ditulis bekas perdana menteri amat popular di dunia internet.
Antara ahli politik tersohor yang komited dalam ber’blog’ ialah Anwar Ibrahim, Khir Toyo, Khalid Samad, malah MB Melaka yang dikenakan tindakan gara-gara ‘politik wang’ sebelum ini juga giat berblog.
Berbeza dengan blog ahli-ahli politik lain, blog Najib Razak ini dilihat bukan sebuah blog yang aktif malah, setiap kemaskini bahagian blognya ditulis secara ringkas dan tidak banyak perkara berkaitan peribadi beliau.
Banyak link-link yang berkaitan dengan tugas beliau sebagai pemimpin kerajaan, dan boleh kita anggapkan blog Najib Razak ini bukan dalam bentuk blog individu atau personal, tetapi lebih meluas skopnya.
Siapa yang menjadi webmasternya tidak diketahui, mungkin ‘geng tingkat 4 yang baru’. Jika dilihat melalui carian whois, domain www.1malaysia.com.my ini dibayar oleh Wong Sui Ting dan beralamat seperti di bawah:
Qinetics Solutions Berhad
Lot 2-2, Incubator 1
Technology Park Malaysia, Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
(Tel) 603-89966788
(Fax) 603-89968788
dan didaftarkan oleh Ethos Sdn. Bhd.
Ethos Sdn. Bhd ini adalah sebuah syarikat perunding yang mana pernah mendapat liputan berita kerana terlibat dalam Khairy Jamaluddin dan pengendali di balik tabir NCER (Northern Corridor Economic Region). Ethos ini dimiliki oleh Omar Ong, yang mana salah seorang pegawai penasihat Najib sejak Najib dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Apapun,perkara yang mungkin membingungkan pengunjung blog ini ialah, tiada sebarang alamat emel disertakan.
Mungkinkah bimbangnya berlaku spam mail atau ‘over-bandwithd’ sepertimana yang pernah berlaku pada website rasmi Sultan Perak dan Mufti Perak?
-ref:malaysiagoogle
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
21 hours ago