Kempen Manik Urai dan siapa sisihkan siapa?

Wednesday, July 15, 2009


Setelah mengharungi lebih seminggu kepelbagaian cara kempen di pilihanraya Maniik Urai, maka kemuncak yang dicari sudah pun di ketemui semalam. Pelbagai kata pelbagai janji sudah di taburkan, Pas terus memainkan dengan pendekatan agama nya dan antara kempen kemuncak nya yang menyentuh isu kegagalan kerajaan pusat untuk melunaskan royalty minyak Kelantan yang bernilai 1 bilion.

Begitu juga dengan umpanan BN dengan melaung laungkan yang kerajaan pusat akan menjadikan Manik Urai sebagai ‘Anak Emas’. Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yasin dalam ucapan nya sebelum ini berkata ‘akan menjadikan Manik Urai sebagai sebuah “agropolitan” atau bandar pertanian secara moden. Antara janji besar nya dalam penjanaan kempen itu, seandainya BN memperolihi kemenangan sebuah jambatan baru bakal dibina untuk menggantikan jambatan yg sedia ada.




Secara dasar nya, Pas lebih banyak menekankan dalam aspek pendekatan pembangunan kerohanian dalam kempen itu, manakala sebelak pihak lagi terus menerus memainkan intergreti fizikal nya. Sudah menjadi tradisi berbeza, segala apa yang dicanangkan setiap segi, demi untuk memenangi hati rakyat.

Ketua operasi pilihanraya Pas Manik Urai, Abdul Ftah Harun turut menegur Umno kerna mempergunakan semaksima mungkin segala jentera kerajaan yg ada dalam suasana kempen itu, seolah olah Pas bertanding dengan Kerajaan, bukan dengan BN. Tambahnya sepatutnya jentera kerajaan tidak diguna, yang hanya satu pembaziran sahaja dan kedatangan mereka dengan segalan kelengkapan dari jauh untuk ke Manik Urai hanya ketika pilihanraya ini sahaja.

Ucapan dan kenyataan Fatah Harun itu, dijawab pula oleh Datuk Sri Ismai Yaakub ahli majlis tertingi Umno. Beliau berkata ‘Pas juga menggunakan peruntukkan yg besar pada kempen Dun Manik Urai ini, mereka mengatakan kita menggunakan kereta kereta yg besar dan menaburkan duit yg banyak, pemimpin pemimpin PR apa kurang nya? mereka juga dating dari jauh dengan kereta yg besar juga dan menabur duit pada rakyat’, jadi ini adalah tanggung jawab kita sebagai pemimpin untuk turun ke seluruh Negara.

Yang confius nya dari mana datang duit yang banyak bagi pemimpin pemimpin PR ini? kalau setakat duit peribadi rasanya tidak samalah dengan dengan pihak satu lagi. Apa lagi kalian itu banyak ‘di support ‘ oleh pihak pihak lain. Jentera kerajaan negeri Kelantan besar mana sangat jika nak di bandingkan dengan jentera kerajaan yang satu lagi itu?

Dalam ceranah ketua pemuda Umno, Khairi Jamaludin di kampong Sungai Peria, beliau menyifatkan Pas di anaktirikan oleh anggota pakatan yang lain, ia itu PKR dan DAP dan beliau menyeru agar parti Pas menyertai BN, sabagaimana lapuran Sinar Harian 14 julai lalu.

Kenyataan Khairi itu terus di bidas oleh pimpinan Pas, dengan mengatakan Khairi itu sendiri yg di sisihkan atau di anaktirikan oleh Umno. Sepatutnya beliau yg memenangi kerusi ketua pemuda Umno itu, perlu di beri jawatan sebagai menteri atau sekurang kurang nya sebagai timbalan menteri, tetapi sebagai ketua pemuda beliau di nafikan tidak seperti ketua ketua pemuda Umno sebelum ini, apa cerita? Pas disisihkan oleh PR ke Khairi disisihkan dalam Umno? Rungut ketua dewan pemuda Pas pusat, Nasaruddin Tantawi.

Keputusan pilihanraya sudah termaklum, walau pun merosot nya mejoriti Pas dengan asakan asakan sedemikian rupa tetapi begitulah hasil nya yg di perolihi BN setelah berkerja keras tanpa penat. Namun begitu masih ramai mereka yg tidak puas hati dan tidak dapat menerima erti kekalahan.

- ref: s/harian/editor4 mengejar cahaya