Program kesihatan yang melibatkan jururawat bagi rawatan orang tua di Manek Urai bukan agenda kempen BN seperti didakwa oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Ketua Puteri Kuala Krai, Suzaini Shukri berkata, program tersebut inisiatif Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, yang juga timbalan menteri kesihatan. Ianya adalah anjuran bersama dengan kementerian kesihatan.
Ketua Pemuda Umno Kelantan, Annuar Saffian pula berkata, memang ada doktor dan jururawat yang datang memberi khidmat kepada penduduk di Manek Urai, beberapa hari lalu tetapi "bukan berkempen untuk BN", setelah mengulas dakwaan dari Salehuddin Ayub,Naib Presiden PAS yang mendakwa ianya sebagai ‘kempen’ Umno di Manik Urai.
Beberapa orang yang terlibat itu tetap menafikan, yg program itu sebagai agenda dimusim pilhanraya kecil itu. Ketua Pemuda Umno Kelantan, Annuar Saffian pula berkata, memang ada doktor dan jururawat yang datang memberi khidmat kepada penduduk di Manek Urai, beberapa hari lalu tetapi "bukan berkempen untuk BN". Doktor dan jururawat bukanlah dating berkempen, tetapi dating mebantu orang orang tua yg memerlukan rawatan, katanya lagi.
Memanglah mereka dating bukan untuk berkempen secara life, tetapi mengapa pula diuruskan oleh tenaga tenaga kuat dari umno? dan mengapa pula program itu di bvuat di Manik Urai dan juga di buat dimusim pilihanraya? kita janganlah terlalu menganggap setiap rakyat itu ‘kurang cerdik’ untuk memikirkan nya. Kalau nak buat program rawatan, tak semestinya di Manik Urai saja atau pun di waktu waktu di adakan pilihanraya. Bukankah masih banyak lagi tempat tempat lain yg penduduknya memerlukan rawatan dan takkan waktu pilihanraya saja, orang orang tua perlu dirawat.
Amat dukacitalah, penafian ini kurang menjadi dan segala rentak dan tarian sumbang itu, ‘orang kampong’ sudah tahu. Begitulah amalan yg dimainkan setiap kali musim musim begini bakal tiba. Ini belum lagi di ambil kira dengan projek yang berkonsepkan ‘Maggi’ yang berteraskan pasangsiap dan segera. Pembangunan bermusim, yang ini tetap dinafikan dari satu musim ke musim yang lain.
Kalau hendak di koleksikan ‘program pilihanraya’ rasa nya terlalu banyak, itupun belum termasuklagi bab keselamatan termasuk polis dan tentera. Belum lagi di ambilkira dengan unit kereta perisai nya dan penempatan anggota tentera serta beribu ribu anggota polis. Saya pun belum pastikan lagi sama ada di kerusi Manik Urai ini terdapat pilihan secara undi pos atau tidak. Yang kita tahu anggota tentera dan polis itulah yg layak untuk mengundi secara pos.. dan yang nyata mereka ini sudah melebihi ‘kota’ yang ada di Manik Urai. Pastikan pengundi yg berambut pendek ini di perhatikan bagi mengelak ‘kerosakan majlis’.
.. dan saya pun tidak mahu menyentuh lagi “program anak angkat” anjuran Majlis Amanah Rakyat yang juga di adakan di Manik Urai. Seperti yang dikatakan tadi mengapa di buat di Manik Urai dan di musim pilihanraya? Pengarah Kolej Poly-Tech MARA di Pengkalan Chepa, Hasbullah Seman pula pelajarnya tidak terbabit dengan kempen politik Umno Manek Urai tetapi "terlibat dalam program anak angkat" Majlis Amanah Rakyat (MARA) di situ. "Program itu adalah untuk memberi pengetahuan kepada lepasan pelajar di Manek Urai mengenai peluang mereka di Poly-Tech Mara." Sebagaimana apa yang di gambarkan, kita semua boleh nilai sendiri, ‘sekandang kerbau di kandang’ kita sudah tahu yang mana jantan dan yang mana tak berapa jantan.
Itulah di antara retorik kelucuan yang tidak diketawakan, 1Malaysia!
- ref:Malaysiakini/editor4
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
21 hours ago