Pilihanraya kecil mahu pun pilihanraya umum, sketsa begini sudah menjadi tradisi atau pun tabi’at parti pemerintah dalam menjanakan ke upayaan nya untuk menghadapi kredibeliti parti lawan. Umpama nya di arena pilihanraya kecil Permatang Pauh satu ketika dahulu, pertembungan di antara Dato Seri Anwar Ibrahin dengan Dato’Arif Shah dari BN serta En.Hanafi Hamat yang mewakili Bebas.
Dikala itu suasana yang menyelubungi pilihanraya banyak dari percikan tempias ‘sumpahan keramat’ dari Saiful Bukhari, dimana kes lewat ke atas diri nya dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Selesai sahaja insiden tersebut, terus saja di adakan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, ekoran dari perletakan jawatan oleh ketua pembangkang Dato’Seri Azizah yang juga merupakan isteri kepada Anwar Ibrahim.
Barisan Nasional yang di kepalai oleh Dato’Seri Najib bersama para pembesar yang lain terus mengambil kesempatan dari ‘Sumpah liwat Saiful’ untuk menggempur kekuatan Dato’Seri Anwar, atau pun Pakatan Rakyat ‘am nya.
Lepas sorang sorang angkat sumpah, bermula dengan ‘mangsa liwat’ Saiful Bukhari, di ikuti tempat kedua oleh Najib yg angkat sumpah mengesahkan Anwar yang liwat si Saiful. Dalam kempen beliau di Permatang Pauh, Najib turut mengangkat sumpah. Yang pelik kenapa Najib terpaksa angkat sumpah di Permatang Pauh sedangkan yang bertanding Arif shah?
Itulah antara fenomena pilihanraya kecil di Negara kita. Dikala itu musim sesumpah menaiki pentas pilihanraya, dan tarian yg serupa mula nampak di pilihanraya kecil Manik Urai ini.
Kelmarin satu lapuran dari akhbar arus perdana kerajaan Umno, Dato’Muhyiddin Yasin mencabar Pas agar dapat membuktikan yang Umno tidak memperjuangkan Islam. Ini adalah satu satunya retorik pilihanraya kecil Manik Urai. Yang agak kurang cerdik nya mengapa pula tidak dinyatakan apakah agenda fakta fakta keIslaman yg telah di perjuangkan umno? Mungkin prinsip Islam yg diperjuangkan umno yg dimaksudkan En.Tan Seri Muhyiddin ini, termasuklah mengadakan maktab Islam, universiti Islam U.I.A,Sister In Islam, kolej Islam , bank Islam dan sebagai nya. Inilah perinsip Islam yg dilaung laungkan nya dan suruh Pas buktikan.
Mengapa depa tak fakir yang ‘isteri isteri aku’ tak tutup aurat, pesta pesta sure heboh, hari sambutan tahun baru, syurga di genting highland dan judi judi ‘halal’ di dada akhbar arus perdana umno itu, juga memperjuangkan Islam oleh umno?
Saya rasa tidak perlulah untuk di sentuh ‘1001’ maksiat di Negara ini kerana ramai yang sudah tahu dan masih ramai lagi yg tahu tetapi buat buat tidak tahu..
Itulah kekuatan Mohyiddin selaku timbalan perdana menteri, mencabar Pas supaya membuktikan umno tidak memperjuangkan Islam. Kepada sesiapa yang ikhlas dengan agama Islam, pasti merasa sayu dengan perbuatan bapak menteri ini, se olah olah memperbodohkan orang, tapi sayang nya tidak menjadi.
Sinetron ‘cabar’ dimusim pilihanraya yang di garap oleh pembesar tanah air, dan lengguk ini di mainkan lagi di awal pagi. Kali ini Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Husin pula mencabar Pas supaya menurunkan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk berceramah di Manek Urai bagi membuktikan memang tiada 'perang dingin' antaranya dengan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tambah beliau lagi “Saya yakin Pas akan hilang undi mereka jika Nasharudin muncul kerana walaupun ahli parti itu telah dimaklumkan bahawa perselisihan faham akibat isu gagasan kerajaan perpaduan telah tamat tetapi masih ada penyokong yang membenci pemimpin itu.” Tambah Dali, Pas kini sedang berhadapan dengan krisis perpecahan dalaman yang amat teruk dan begitu kritikal tetapi cuba disembunyikan oleh pimpinan mereka.
Itulah anggapan Dali Husin, yg bermaksud kepimpinan sudah berpecah dan bermasam muka di antara Nasharuddin dengan Tok Guru Nik Aziz. Sekarang di mana Ketua Penerangan Umno negeri Kelantan hendak letak muka nya? cabaran nya di sahut oleh Pas. Siapa tercabar? Kerana mulut santan binasa, dimana tempat nak disimpankan muka? Itulah Dali Husin pembuka cerita.
Nasharuddin Mat Isa akan berceramah satu pentas dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama lagi selepas ketidakhadiran timbalan presiden PAS itu menjadi tanda tanya dan isu politik di Manek Urai. Penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Nasharuddin akan mengahdiri ke Manik Urai selewat lewatnya esok, jika tiada musaqqal lain.
"Dia akan berceramah dengan Tok Guru Nik Aziz," katanya kepada Malaysiakini hari ini apabila diminta mengulas kemungkinan Nasharuddin turun berkempen setelah tidak muncul sejak hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN itu, Isnin lalu.
Sebelum ini beliau difahamkan tidak dapat bersama pimpinan yang lain di hari penamaan calun kerana tidak sihat dan berada di Hospital Serdang. Nasharudin yang sebelum ini dilaporkan dihalang daripada hadir di Manek Urai berkata, masalah kesihatan yang dialaminya sejak seminggu lalu menghalang beliau hadir lebih awal di bahagian itu. Beliau keluar Hospital Serdang kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.
"Saya harap dia Nasharuddin dapat datang ke Manek Urai untuk turut berkempen dalam pilihan raya kali ini, kerana untuk membersihkan nama baik beliau selain kehadirannya penting untuk berkempen bagi pihak PAS," kata Nik Abdul Aziz. "Sekarang saya sudah benarkan dia datang, nak tebus nama baik dia sendiri, berikutan isu kerajaan perpaduan dan macammacam kemelut dalam PAS," katanya.
Cabaran Dalin Husin sudah terjawab, musim pilihanraya kecil ini masih tinggal beberapa hari lagi, dan apakah bentuk cabaran lagi yg bakal di terjemahkan oleh juak juak ini,..
Sama samalah kita semua perhatikan untuk menilaikan nya.
- m/star/malaysiakini & m/cahaya by editor4
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
20 hours ago