Apa Barang Dalam Beg itu?

Tuesday, July 14, 2009



MANEK URAI – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa meminta Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin menjelaskan apakah kandungan beg yang beliau bawa turun dari helikopter pagi ini.

”Cara bawa beg itu nampak sangat berat, kalau beg biasa bawa kain biasanya tidaklah begitu berat,tapi rasa nya tak mungkin wang untuk menyediakan jambatan nanti, apabila BN menang di Manik Urai.

”dan beg tersebut sangat besar bagi seorang Timbalan Perdana Menteri untuk membawanya bagi perjalanan sehari semalam,”katanya. Menurut Datuk Husam sudah dua kali rombongan Muhyidin membawa beg yang sama bentuknya.


Beliau berkata pihaknya memang menerima laporan ada operasi berjalan ditengah malam dari rumah ke rumah dan beberapa orang telah membuat pengakuan mereka telah menerima sejumlah wang bagi pihak keluarganya.

”Habis kita nak kata apa, kebiasaan Barisan Nasional,”katanya dengan nada kecewa kerana UMNO dan BN masih menggunakan wang untuk membeli undi.
- Buletin online