Kampong Sura Jeti, Dungun. Berdekatan juga dengan sungai Dungun dan tempat pendaratan hasil hasil laut. Saya pun pernah beberapa kali melintasi kampong itu dan sebahagian besar penduduknya terdiri dari bangsa Melayu. Pembangunan nya walau pun tidaklah serancak mana, tetapi terdapat juga beberapa pembinaan tempat kediaman. Antara nya terdapat juga pembinaan sebuah masjid baru, bagi menggantikan masjid lama yg tidak beberapa jauh dari situ.
Saya difahamkan masjid tersebut sudah pun siap dan telah digunakan sekarang. Cantik dan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada penduduk setempat mahu pun kepada pendatang atau kepada para musafir untuk menunaikan tanggungjawab nya.
Bangunan yang masih baru bersih dan kemas eloklah dijagai dengan baik dan dapat mengimarahkan nya demi memajukan tempat ibadat kita. Yang menjadi persoalan nya sekarang, ramai para penduduk rasa ‘terkilan’ dengan penampilan masjid baru itu. Ada yang rasa bangga dan ada yg rasa sedikit memualkan. Apatah lagi Dungun dan pemastautin kampong setempatnya yg terdiri dari ramai penduduk melayu yang sinonim dengan jiwa ke Islaman nya.
Tempat ibadat khas nya masjid, jika di garapkan dengan konsep yang berbau politik maka hasil nya secara tak langsung seolah olah membenihkan perpecahan untuk mendaulatkan agama itu sendiri. Masjid ini agak umum dan terbuka dan ianya agak berbeza sedikit dengan surau. Perlu difahami konsep ini.
Sebahagian dari penduduk kampong Sura Jeti, mula melahirkan rasa kurang senang dengan penampilan nya. Masjid nya baru dan cantik telah di warnai dengan warna biru dan putih, dan di namai pula dengan “Masjid Biru”. Masjid adalah tempat ibadat bagi rakyat tak kira fahaman politik nya, tidak sesuailah kalau di namakan Masjid Biru dan di cat dengan warna biru putih, maka bagi mereka yg berada di sebelah pihak lagi atau secara direct nya Pas, sudah tentu agak tawar hati bila ingin menunaikan tanggung jawabnya. Inilah bibit bibit yg menimbulkan rencah perpecahan.
Surau agak berbeza, nak cat hijau ke, nak cat biru ke atau pun nak cat hitam, surau lebih bercorak persendirian malah ianya bukan tempat menuaikan sembahyang jumaat. Ketua cwgn.Umno Sura Utara Che Harun Che Ismail berkata, beliau tidak menerima maklumat berkaitan dengan nama yg bakal di beri kepada masjid baru itu. Beliau hanya mengetahui apabila melihat papantanda yg baru didirikan. Masjid itu di kelilingi pagar biru line putih. Tambahnya, tiada perbincangan pasal ini, dan beliau tidak tahu sama ada ianya adalah cadangan nama dari Pejabat Daerah, Pejabat Agama atau pemimpin Umno, kerana ianya tidak mendapat penjelasan sebelum ini.
Beliau yang juga sebagai penduduk tempatan kampong itu, secara peribadi nya agak kurang setuju dengan nama yg dipilih.. katanya “nama Masjid Biru” tidak melambangkan keutuhan agama Islam, malah lebih bersifat politik. Eloklah di letakan nama nama yg lebih bercirikan Ke Islaman nya, misalnya nama nama tempat sejarah Islam atau pun nama nama sultan yg menjadi penaung , tambah nya.
Bercakap kepada Sinar Harian, beliau berharap pihak berkenaan dapat mengkaji semula nama masjid ini, janganlah menjadi pekara yg menyentuh sensitivity penduduk dan mengakibatkan perpecahan. Masjid adalah tempat ibadat semua lapisan penduduk tak kira fahaman politik mereka. Tak perlulah kita mengeruhkan suasana, biarlah ianya sesuai dengan budaya kita.
Ada juga yang berkata “nama masjid tidak menjadi persoalan nya, yang penting masjid itu dapat di imarahkan untuk beribadat dan mungkin nama masjid biru itu dipilih kerana ia berdekatan dengan dengan laut china selatan”.
Inilah pendapat mereka, nama tidak menjadi hal. Nama itulah yang melambangkan sesuatu. Kenapa tidak di letakan nama ‘masjid BN’? kalau begini bukan kita dapat mengimarahkan masjid itu, tetapi dapat kemarahan pula bagi setengah penduduk yg lain. Nama ‘biru’ kerana dekat dengan laut, kalau masjid itu dibina dekat dengan hutan? Masjid hijau ke?
Insya Allah saya sendiri akan meninjau kesana nanti, apabila berpeluang sekurang kuranga nya dapat juga mengetahui keadaan sebenar.
- tko3/editor
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
22 hours ago