Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng menyahut cabaran Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Zahid menaiki kapal selam milik ngkatan Tentera Laut Malaysia.
Guan Eng berkata beliau menyoal Zahid dan mencadangkan supaya kapal selam yang di beli dengan harga RM3.4 bilion itu ditukar kepada kapal selam baru memandangkan ia didapati tidak boleh menyelam.
Zahid kata Guan Eng, dalam menjawab soalan tersebut mengatakan, kapal selam yang baru dibeli itu masih mempunyai ‘jaminan’ dari syarikat pengeluar dan ia telah pun diperbaiki.
Lalu, kata Guan Eng, Zahid telah mencabar beliau untuk menaiki kapal selam tersebut dan ‘menyelam’ bersama-samanya.
”Saya cabar Yang Berhormat dari Bagan ikut saya masuk ke kapal selam, pergi selam,”kata Guan Eng mengulangi kata-kata Zahid dalam sidang parlimen baru-baru ini.
”Tak apa, kalau Barisan Nasional berani cabar, kita dalam Pakatan Rakyat selalu berani menerimanya, saya terima dengan serta merta cabaran Menteri Pertahanan, pergi dengan dia masuk kapal selam, tengok macamana dia selam,”tegas Guan Eng dalam ucapannya di sini semalam.
Sebelum itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menafikan kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pimpinannya adalah ‘anti Melayu’ dan ‘anti Islam’.
Katanya kerajaan Pulau Pinang telah memberikan peruntukan perbelanjaan untuk sekolah-sekolah agama rakyat dan menambah peruntukan untuk hal ehwal Islam sebanyak dua kali ganda
”Macamana kerajaan Pulau Pinang boleh dilabelkan anti Islam, semasa BN memerintah pada tahun 2008, peruntukan untuk hal ehwal Islam adalah sebaRM12.53 juta,
”pada tahun 2009, tahun pertama kerajaan Pakatan Rakyat, saya telah menaikkan peruntukan tersebut kepada RM20.5 juta,
”tahun ini, walaupun mengahdapi masalah ekonomi global, kita telah menaikkan lagi (peruntukan tersebut) kepada RM24.7 juta,”jelasnya dalam satu sidang media khas sempena dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
-bul/online
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Guan Eng sahut cabaran Zahid untuk menyelam
Friday, March 26, 2010Posted by Unknown at 11:35:00 AM