Ketua Cabang Ipoh Barat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fauzi Muda mendesak Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera melakukan reformasi dalaman khususnya bagi PKR negeri Perak.
Menurutnya, PKR Perak telah jauh lari dari landasan perjuangan yang asal untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negara.
“Apa yang berlaku dalam PKR Perak akhir-akhir ini adalah lebih kepada membawa agenda politik peribadi, kabilah dan menjadikan PKR sebagai hak milik tertentu.
“PKR Perak sebenarnya dipenuhi watak-watak jahat dari syaitan-syaitan besar yang mempunyai agenda besar untuk menjadikan PKR sebagai platform mereka mengejar impian serta agenda peribadi mereka.
“Syaitan besar yang sedang bermaharajalela dalam PKR Perak sekarang telah menggunakan berbagai cara termasuk bermain politik kotor serta jahat terhadap sesama sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, kelmarin.
Fauzi berkata, buktinya beliau kini dijadikan mangsa watak-watak jahat sebagai pencacai kepada syaitan besar untuk difitnah, diaibkan dengan berbagai tuduh terhadap beliau agar dibenci oleh ahli parti dan masyarakat.
Katanya, gerakan licik kumpulan ini dalam PKR Perak sekarang adalah untuk memastikan mereka dapat mengetepikan mana-mana individu yang tidak sehaluan dengan mereka.
“Mereka ini dilihat sedang bermaharajalela dalam usaha untuk mengukuh kedudukan dan berkuasa di dalam parti, dalam masa yang sama berusaha menghalau individu yang bukan dari kabilah mereka.
“Kerana itu, ramai pejuang lama yang ikhlas bertindak meletak jawatan serta tidak mahu terlibat lagi dalam hal ehwal parti kerana kecewa, marah dan tidak berpuas hati.
“Ada yang masih memegang jawatan tetapi jauh di sudut hati gelisah, kecewa serta meluat melihat tingkah laku mereka ini.
“Pemimpin ini hanya mampu berdiam diri dan ikut arus permainan kerana menjaga nama baik parti,” katanya.
Beliau berkata, gesaan ini adalah semata-mata mahu melihat PKR Perak diselamatkan dari kumpulan berkenaan.
“Saya dan rakan-rakan lain yang mengasas PKR Perak bertunjangkan kepada prinsip perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertungkus lumus membina parti sejak 10 tahun.
“Tetapi, kini apabila parti sudah siap dan diterima rakyat, tiba-tiba diganggu dengan cengkaman dan kuasa mereka.
“Saya merayu kepada Ketua Umum supaya melakukan satu reformasi baru dalaman parti agar parti tidak goyah dan tidak lemah dalam meneruskan perjuangan,” katanya.
-s/harian15pe
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Hapuskan ‘syaitan besar’ di Perak
Thursday, March 18, 2010Posted by Unknown at 7:23:00 AM