Pendedahan kepincangan cara pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini menjadikannya semakin panas dan mendapat maklum balas segera daripada pelbagai pihak.
Ada yang mengatakan pendedahan itu sebenarnya lebih bermotifkan mencari keuntungan peribadi dan politik semata-mata manakala sebahagian lain pula mempersoalkan kesahihan fakta yang dikemukakan Reezal Merican itu yang dikatakan kurang tepat dan serta lari dari maksud sebenar berkaitan sesuatu arahan yang dikeluarkan itu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizudin Ahmat berkata, kenyataan Reezal Merican dalam beberapa siri pendedahan melalui media baru-baru ini adalah terlalu mencampuri urusan dalam Kerajaan Negeri.
“Kita bersedia bila-bila masa untuk berjumpa dengannya bagi menjelaskan keadaan sebenar agar beliau memahami situasi yang berlaku.
“Malah jika beliau sudi berdebat pun kita akan menyahut cabaran itu kerana kita amat kesal dengan kenyataannya selama ini yang lebih menjurus ke arah mencari kesalahan cara pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya.
Menurut Amizudin, sepatutnya Reezal lebih mengutamakan masalah penduduk di kawasan Kepala Batas yang masih berdepan dengan berbagai situasi dan bukannya cuba menjadi jaguh mengganggu kerajaan dipilih rakyat mentadbir negeri.
“Beliau sepatutnya tidak menjadikan media sebagai medan untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya semata-mata.
“Sepatutnya beliau perlu mendapatkan komen daripada pihak yang mengeluarkan sesuatu arahan terlebih dahulu dan bukannya hanya pandai membuat andaian sendiri melalui sidang media sahaja menuduh itu dan ini,” katanya.
Amizudin berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di dewan Taman Sri Serdang dekat sini malam tadi dengan tujuan memanggil Reezal Merican berdepan dengannya sama ada melalui perjumpaan atau berdebat untuk menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkannya melalui media selama ini.Walaupun cabaran debat itu sukar untuk diterima tetapi penawaran itu perlulah disambut.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat negeri, Khatijah Yahaya; Timbalan Ketua AMK Kepala Batas, Mohd Yasir Mohd Nor dan barisan ahli jawatankuasa AMK Kepala Batas.
Isu pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng yang tidak prihatin terhadap nasib orang Melayu hangat diperkatakan sejak belakangan ini.
Antaranya tindakan merobohkan gerai peniaga Melayu, pembatalan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul, lara�ngan berlegar-legar di sekitar pejabat Ketua Menteri dan terbaru, pembatalan tender yang tidak boleh dipertikaikan kontraktor.
-sharian3
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Reezal Merican dicabar Amizudin di Kepala Batas
Thursday, March 4, 2010Posted by Unknown at 8:12:00 AM