Siri Lawak Bodoh Musim Ini

Sunday, March 14, 2010


7 march lalu maka berakhirlah program Raja Lawak musim ke 4 yang dijayakan oleh saluran TV Astro, dan juara musim ini dipegang oleh kumpulan lawak Kecik dari Sabah.

Semalam 13 march pula satu lagi acara ‘Lawak’ yang boleh dikategorikan slot lawak bodoh telah dijayakan pula oleh Ahli Parlimen Jerlun Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Sebagaimana dalam lapuran sinarharian edisi Kedah, dibawah tajuk “UMNO tegak syiar Islam, martabat bangsa, maju Negara”.


“Katanya, walaupun tidak terdapat perkataan Islam dalam nama parti Umno, namun tafsiran Melayu dalam UMNO jelas menggambarkan Melayu beragama Islam”

. Mukhriz berkata, kelas fardu ain yang diadakan di sekolah-sekolah merupakan tanggungjawab kerajaan memerintah yang mahu melihat anak bangsa mendalami ilmu Islam.

Antara dua kes tadi, beliau sudah mampu berkata “UMNO tegak syiar Islam, martabat bangsa, maju Negara”? hanya kerana ada mata pelajaran fardhu ‘ain di sekolah sekolah, itu sudah cukup untuk dikatakan Umno adalah seuah parti yang menegakan si’ar Islam.

Entahlah depa faham atau tidak apa itu Islam. Kenapa depa tidak bandingkan apakah Islam itu membenarkan perempuan dewasa tidak menutup aurat? Dan siapakah perempuan itu?

Memperlekehkan sekolah Agama Rakyat dan menarikbalik bantuan terhadap nya apakah itu “Umno menegakkan syiar Islam?” dan siapakah itu?

Mempertabatkan ‘Arak’ dan menjadi pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina, San Miguel Corp (SMC) itu juga boleh dikatakan “Umno menegakkan syiar Islam?” dan siapakah itu? bukan abang sulong hang sendiri?..

Kalau hendak diikutkan perbanding lagi, saya rasa amat banyak sekali, tetapi oleh kerana artikel ini hanya menfokuskan ‘lawak bodoh’ yang disiarkan itu saja, tak perlulah untuk saya memperpanjang panjangkan lagi, biarlah kita semua fakir sejenak apakah kesudahan nya Malaysia ini.

-Jin Kacau Kampong