Pimpinan yang celupar beri laluan mudah pada lawan

Wednesday, March 3, 2010


Saya sendiri tidak begitu memastikan apakah reality ini merupakan timbangcara sebenar dari ucapan seorang wakil rakyat yang berlandaskan natijah ke Islaman nya. Adakah juga ini hanya kotakkatik dari mainan pihak pihak tertentu seadanya.


Kelmarin dalam lapuran sebuah akhbarharian turut memuatkan rasa tegar kekecewaan seorang pemimpin pembangkang dari Kulim iaitu Zulkifli Nordin terhadap sesetengah pemimpin Islam dinegara ini.

Lontaran kata kata keras dari Tuan Zulkifli ini, dengan secepat mungkin ianya disambut pula oleh Datuk Jamil Khir Baharom sambil berkata “Zulkifli mempunyai fokus dan sebab tersendiri ketika ucap kenyataan itu. Beliau mempunyai bukti tertentu untuk menyedarkan pemimpin Islam yang lalai tanggungjawab mereka sebagai ketua masyarakat”

Para pempimpin Islam yang dimaksudkan itu, adalah dari kepimpinan Pas dan bolehlah kita fikirkan kepada siapa yang ditujukan sebenarnya.

Bapak menteri di jabatan Perdana Menteri itupula menyambung provoke nya apabila katakata si-Zulkifli itu dicanang bagi membakar suasana yang ada. Semakin menjadi penambahan memecahbelahkan krisis antara pemimpin Kulim itu dengan rakan rakan dalam PR, konon nya PR itu semakin goyah dan kemudian nanti senanglah bagi mereka nanti untuk ‘mencekup’ di air keruh.

Apabila sudah melompat keluar mudahlah untuk sesetengah darinya melinkungkan pukat dan mengaut hasilnya.

Kalau benar ini kata kata yang keluar dari mulut wakil Kulim itu, amatlah dukacita sekali suasana politik pembangkang hari ini.

Beliau yang berpendidikan agama dan ingin melaraskan bibit bibit keagamaan katanya, sering ‘berbunyi’ dan menegur ‘kepincangan’ dikalangan pakatan pembangkang khususnya kepada mereka yang yang menjadi adun atau wakil parlimen beragama Islam. Yang ini tak kena, yang ini salah dan yang itu tidak betul sering dilaung laungkan kebelakangan ini, dan kelmarin terburai lagi kata kata ‘Islam’ dari mulutnya menurut akhbar itu dan ‘adiptasi’ dari laman blog pribadinya.

“sesetengah pemimpin Islam yang ada dinegara kita sekarang sudah di anggap sebagai ‘bajingan’ dan ‘balaci’ kerana mereka yang mengikut kata orang kafir yang menjadi rakan sepakatan”. Kalau perkataan bajingan dan balaci sudah keluar dari mulut beliau dan ditujukan kepada sesaorang Islam yang lain, sukarlah jika untuk diterjemahkan bagi ‘mentarbiyahkan’ sahabat sahabat yang lain untuk membina kepimpinan yang baik.

Kalau untuk menegur, mendidik secara Islam yang suci bahasa bahasa begini bukanlah dari adeal yang baik, jika hendak berdakwah serta membetulkan kepincangan yang ada, amatlah tersasar dengan cara ini.

Seandainya teguran atau kataniasihat yang digarapkan dengan bahasa yang agak celupar demi mendidik dengan alunan ke agamaan, ini bukanlah kaedah nya.

Di laman blognya dengan lantang menyuarakan pendapat berhubung pimpinan Islam yang sedia menjadi ‘bajingan’ dan ‘balaci’ terhadap pihak tertentu. Selalu berkata kita eloklah berpandukan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW dalam melakukan sesuatu, apatah dengan suasana politik yang ada. Tetapi jika ungkapan pemimpin itu sebagai bajingan dan balaci alamatnya tak tercapailah dengan apa yang dikata.

Saya juga ada terbaca dalam sinarharian kalau tidak silap 1hb.3 yang lalu “Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, Zulkifli tidak wajar menuduh pihak berkaitan dengan perkataan itu”. Dalam Islam kita dilarang menggelar orang kerana ia perbuatan fasik (muslim yang mengingkari hukum Islam secara sedar),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Inilah antara bibit yang timbul dan memudahkan lagi kerja kerja pihak lawan mencari dan menambahkan lagi kekeliruan yang ada.