Persekutuan pakar sabotaj kerajaan negeri ?

Monday, March 1, 2010

tak kesah campur gaul, janji kita berarak..gaya amno

Sesetengah pihak itu cukup positif dengan peranan yang digembar gemburkan, seolah olah sambutan maulidur rasul semacam menjadi satu kewajipan kepada penganut penganut Islam.Mesti dilakukan konon nya.Tidak hidup syiar Islam kalau tiada perarakan ini, itulah dakyah nya.


Kalau sudah dirasakan ianya mesti atau wajib di adakan mengapa tidak pula di sertakan dalil atau sebarang nas sama ada hadis dan ayat Quran dan surah apa.

Mengapa pula hal ini sebut dan sebuk dipertikaikan di Pulau Pinang khusus nya. Selepas diasak dengan pelbagai asakan, perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang tetap diadakan dengan jayanya kelmarin.

Tidak puas dengan itu maka pihak yang ‘meroyan tak tentu hala’ ini terus mencari alternative lain untuk memenuhi agenda kebejatan nya terhadap negeri negeri dibawah pemerintahan pembangkang PR.

Antara agenda jahat nya termasuklah turut mengkianati rakyat di Pulau Pinang baru baru ini. Pihak mereka it uterus mensabotajkan acara perarakan sambutan maulidur rasul yang dilangsungkan kelmarin.

Abdul Malik Abul Kassim yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri berkata “pihaknya telah menerima surat daripada Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Mohamad Fatkhul Hatta Robiki yang menyatakan permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan, gagal diluluskan” perbuatan itu agak nakal apatah lagi setelah Jabatan Penerangan didesak bertubi tubi, barulah menyatakan permohonan itu gagal kerana beberapa kenderaan yang dipohonkan telah di tempah terlebih awal dan dijadualkan untuk aktiviti penerangan mengenai dasar-dasar Kerajaan Persekutuan.

Alasan yang dinyatakan agak cetek, takkan kita semua dapat diperbohongkan dengan senang, perangai sebgini sudah menjadi tradisi kepada mereka. Sabotaj dan itulah agenda politik sempit yang terus diputarkan saban ketika. Sebelum ini jabatan berkaitan tidak pernah miss untuk menyediakan sekurang kurang nya lima buah kenderaan untuk menyertai perarakan itu.

“Saya hairan, mengapa ‘alasan’ (surat) ini baru difakskan kepada saya pada Rabu sedangkan wakil daripada jabatan itu menghadiri setiap mesyuarat perarakan kecuali mesyuarat yang terakhir? Dari sini kita dapat lihat bagaimana usaha Kerajaan Persekutuan untuk sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang,” tambah Abdul Malik Abul Kassim lagi.

Keputusan yang diberikan pun hanyalah pada saat saat akhir pula, apakah itu antara pekara umtuk mengembalikan sinar keIslama di Negara ini?

Dalam perlembagaan pekara 3 kurungan 1, menyatakan Islam adalah agama resmi Negara Malaysia. Apakah kefahaman para pemimpin kita dengan Islam itu adalah agama resmi Negara? Takkan menganggap agama resmi tu hanyalah digunakan untuk meresmikan sesuatu acara sahaja? ‘kita rasmikan acara sukan ini’ atau kita rasmikan pelancaran pecahtanah untuk bangunan ini’ apakah itu Islam sebagai agama rasmi Negara?

Adalah tugas pemimpin Negara untuk melaksanakan amar mahruf dan mencegah kemungkaran.

Abdul Malik Abul Kassim turut manyatakan yang beliau terpaksa menggunakan alternative lain untuk menghadapi kerenah ini “Akhirnya pihak saya berjaya mendapatkan empat kenderaan iaitu sebuah daripada badan bukan kerajaan (NGO), sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari pejabat saya yang diubah suai, sebuah kren yang disewa dengan kelengkapan sistem bunyi dan sebuah kenderaan dari Kastam Diraja Malaysia”.

Beginilah mainan BN khusus nya untuk memporak perandakan satu satu negeri pilihan rakyat, takkira dari segi apa sama ada berlandaskan keagamaan atau sebagai nya.

- matjejakrasul ref:s/harian 28p