Lompat tak kena tempat, setiakah kita?

Friday, March 5, 2010

Penyokong penyokong PKR dan Pakatan Rakyat telah di sarankan oleh setiap barisan kepimpinan utama Negeri dan Pusat di setiap kali perjumpaan atau ceramah untuk mengutamakan perpaduan dan persefahaman sesama sendiri.


Setiap penyokong dan kepimpinan di amanahkan untuk lebih bersikap toleransi dan dedikasi serta memberikan komitmen terbaik dalam menjana kemenangan pada PRU13 yang akan datang.

Mengapa kita harus ikuti budaya penyokong-penyokong UMNO yang suka buat kecoh bila "makanan dan minuman tidak mencukupi?". Itu budaya songsang UMNO. Budaya yang bisa menghasilkan satu generasi yang bersikap peminta dan pengharap yakni mengharapkan sentiasa di hulurkan dan diberikan bantuan.

Sikap inilah yang harus kita jauhkan.
Umpama nya yang kita saksikan sendiri di Kuang Selangor, bila ada ceramah atau perjumpaan, penganjur cuma sediakan tempat sahaja. Kerusi, minuman, makanan ringan semua masing-masing sendiri bawa dari rumah. PAS, DAP dan PKR selalu orang ramai yang memberi derma wang dalam semua ceramah dan perjumpaan untuk perbelanjaan PRU12. Menang juga lima buah Negeri.

Tetapi lain pula dengan suasana di Sabah mesti ada RM300,000 baru boleh dianggap ada fight. Macam mana nak tukar Kerajaan? Budaya duit ini biasanya berlaku di Sabah sahaja. Kalau ini tidak diubah, selama-lamanya lah kita jadi 'ekor' MUSA di Sabah. Hanya dengan penyatuan yang erat serta kerjasama yang kukuh dalam parti, mampu menumbangkan kegagahan UMNO/BN. Apatah lagi dalam keadaan UMNO kini yang mempunyai pergolakan dalaman dan phobia mereka yang mula kehilangan sokongan rakyat.

Mulai pada saat ini kita haruslah menyatukan tekad dan membulatkan niat demi memperkasakan parti. Kita harus membuktikan kepada puak-puak UMNO bahawa walau apa pun yang terjadi kita masih kukuh berdiri bersama PKR dan Pakatan Rakyat.
Ahli ahli PKR dan komponen Pakatan Rakyat seluruh Malaysia mestilah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa walaupun Wakil Wakil Rakyat Pakatan telah ‘menjual diri’ namun rakyat tetap di belakang Pakatan Rakyat dengan satu tujuan untuk menumbangkan Kerajaan BN/UMNO dalam PRU13.

Sesiapa sahaja yang sanggup menjual diri itu namanya pelacur, mereka adalah pelacur jalanan yang tidak punya harga diri. Biarkan si luncai terjun dengan duit duitnya. Ia tidak ke mana-mana.

Tidak semestinya apabila wakil rakyat melompat keluar, para pengundi yang mengundinya dahulu turut keluar dan menyokong disebaliknya. Kepercayaan pengundi kepada pemimpin yang diundinya telah dipermainkan dan amanah yang diberi turut dilacurkan. Apakah ini pemimpin kita?

-mamat ref:halikzaman/skini