Jejak Keturunan Nik Aziz Seluruh Negara juga Salasilah Raja Jembal Kelantan (PKRJK)

Wednesday, March 10, 2010


Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) sedang menjejaki anggota kerabatnya di seluruh negara khususnya yang telah berhijrah akibat peristiwa angin kencang pada 1880.


Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedai Lalat, kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu.

Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadong, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di bahagian Hulu Kelantan pada waktu itu.

Setiausaha Agungnya pertubuhan PKRJK itu Tengku Mohamad Norhamzah Engku Husin berkata, langkah itu bertujuan untuk merapatkan silaturahim kekeluargaan.

“Selain untuk membela nasib anggota keluarga, langkah PKRJK itu juga bagi mengadakan pelbagai aktiviti berfaedah untuk kebajikan mereka,” katanya.

Tengku Mohamad Noorhamzah berkata, sebelum ini berpuluh anggota keluarga terbabit dikesan tinggal di Padang Petani, Gurun dan Langgar, Kedah.

“Selain itu, ada di antara mereka yang tinggal di sekitar Kampung Kota Putra, di Besut, Terengganu yang dikenali sebagai Kampung Raja yang menjadi Pusat Pentadbiran Daerah Besut,” katanya.

Beliau menjelaskan kebanyakan keturunan Raja Jembal berasal dari Daerah Sering di sini dengan menggunakan pangkal nama ‘Tengku, Nik dan Che’.

PKRJK didaftarkan pada 1992 dan penaungnya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu perkara tentang almarhum datuknya ini. Raja Banjar bukanlah orang kaya walaupun memiliki banyak tanah.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat juga yang telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu.

Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah diberitahu tentang perlantikan itu. Ini tidak bermaksud untuk mengulas secara panjang lebar tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur dalam sejarah negeri Kelantan.

Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan ‘raja’, iaitu Raja Banjar.

Saya telah difahamkan bahawa kerabat keturunan Raja Jembal yang sekarang berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan masih

ref:sihar9