TERPANGGIL saya untuk ‘menjeling’ tulisan penulis upahan ringgit, Ruslan Kassim yang disiarkan di Utusan Malaysia @ agen utama UMNO/BN. Begitu konfiden beliau menyenaraikan satu persatu sinopsis dalam perjalanan politik Pakatan Rakyat. Jadi, ini tidak adil, ini serupa berat sebelah kalau tidak dijawab. Maka untuk ‘menyama-tarafkan’ situasi, maka saya juga ingin merencanakan sinopsis perjalanan politik UMNO/BN yang menjadi ‘pujaan hati’ Ruslan Kassim itu.
Kupasan pertama, saya ingin menyentuh isu DERHAKA. Jika di imbau kembali, SIAPA yang mula-mula MENDERHAKA kepada Sultan? SIAPA? Ingatkah anda suatu ketika dahulu, Annuar Musa pernah ‘menabalkan’ sendiri Sultan Kelantan pilihannya di Ketereh dahulu? Sehinggakan keadaan agak huru-hara di Kelantan? Adakah ianya tidak dikira MENDERHAKA?
Siapa yang memansuhkan kuasa Raja-Raja Melayu? Bukankah Dr Mahathir? Siapa yang dengan lantang dan gagah perkasa (atau sengaja mahu tunjuk kuasa) membidas Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini sedikit masa dahulu? Saya percaya jawapannya ada dalam genggaman Shahidan, Mohammad Mat Taib dan Idris Jusoh. Mereka arif dengan jawapannya.
Apakah ini tidak di kategorikan sebagai PENDERHAKA RAJA/SULTAN?
Tapi tidak ternampak warna derhaka kerana mereka semua ini berlindung di bawah kekebalan kuasa veto UMNO, kerana itulah apa yang mereka lakukan terhadap Raja/Sultan semuanya HALAL di mata masyarakat pada ketika itu.
Bila kes Nizar Jamaluddin, balaci-balaci UMNO terus bangun dan kononnya merekalah ‘PENYELAMAT SULTAN’. Mereka lupa apa yang pemimpin UMNO pernah lakukan terhadap Raja/Sultan dahulu? Salah satu sikap hipokrit UMNO!
Sudahkah anda lupa kemelut UMNO Terengganu? Pemboikotan beramai-ramai ADUN Terengganu? Kenapa dan mengapa ianya berlaku? Sebab ketidak-sefahaman antara MB dan ADUN-ADUNnya. Siap hantar SMS ugut-mengugt lagi. Ini apa?
UMNO ingin jadi JUARA RAKYAT? Mengambil contoh di Johor, adakah UMNO lupa ada tanah yang telah tergadai kepada warga Negara Singapura dan Hong Kong? Siapa punya angkara? Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya selera.
Kalau mahu bicara mengenai ‘percakaran sesama sendiri’ dalam BN pun banyak untuk disenaraikan. Masih ingatkah anda kes ‘perang-mulut Samy Vellu dan M.Kayveas sehinggakan bertukar-tukar kenyataan di media elektronik dan cetak? Itu apa? Bukankah pergeseran sesama parti komponen?
Kes Samy Vellu dan bekas Timbalannya, S. Subramaniam. Sehingga timbulnya injunksi mahkamah. Krisis ini berlarutan sehingga Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini di mana ada proses pemilihan baru pucuk pimpinan parti untuk penggal yang baru.
Berlaku juga insiden sindir-menyindir, sehinggakan Samy Vellu juga selaku Presiden turut ikut berkempen untuk G. Palanivel. Bukankah ini sudah melanggar hak kebebasan perwakilan dalam memilih calon-calon yang mereka kehendaki. Ini kita panggil apa? Di manakah demokrasi?
Kes M.Kayveas dan T. Murugiah insiden satu parti dua Presiden. Mengapa ianya berlaku? Ianya adalah kerana tiada kesepakatan dalam parti maka terjadinya dua puak. Puak Kayveas dan puak Murugiah. Bukankah ini juga di panggil konflik dalaman parti BN?
Kes Mat Said Vs Idris Jusoh. Mengikut beberapa kenyataan rasmi dari Mat Said, yang membidas beberapa projek yang dibangunkan di Terengganu semasa Idris Jusoh menjadi Menteri Besar yang mana menurut Mat Said, amat merugikan rakyat. Bukan setakat itu sahaja banyak lagi ‘hasil tangan’ Idris Jusoh dipertikaikan oleh Mat Said. Ini cerita apa? Bukan kes ‘senggol-senggolan’ sesama sendiri?
Kes pergolakan dalaman MCA sehinggakan berlakunya pemecatan dan perletakan jawatan beramai-ramai. Bukankah ini juga sebahagian daripada apa yang digelarkan sebagai kemelut politik? Ahli-ahli MCA telah hilang kepercayaan di atas kepimpinan Ong Tee Kiat. Berlaku beberapa kronologi kemelut yang amat bergelora dalam MCA. Ini bagaimana?
Begitu juga semasa Pak Lah masih menjadi PM. Rakyat sedar akan wujudnya komplot yang mahukan Pak Lah berundur sebelum tiba waktunya. Kumpulan ini mendapat ‘restu’ dari bekas PM, Dr Mahathir sehinggakan beliau sendiri menunjukkan ‘belang’ dengan tindakannya keluar dari UMNO kerana tidak setuju dengan pentadbiran Pak Lah.
Malah ada lagi pemimpin yang berani membuat kenyataan supaya Pak Lah berundur dengan segera dan yang lebih menarik lagi, kenyataan itu di buat di negeri orang, di Singapura! Bagus betul, melanyak ketua sendiri di negeri orang. Itu pun masih Ok?
Lihatlah, mereka sesama UMNO lagi hebat bila hentam-menghentam sesama sendiri. Tidak cukup di dalam Negara, mereka buat di luar Negara. Hebat bukan pemimpin-pemimpin UMNO? Cukup hebat.
Begitu juga dengan pembantahan PPSMI. Hampir rata-rata cendikiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Malah Tan Sri A Samad Said juga turut bangkit menentang. Adakah UMNO peduli semua ini? Jawapannya UMNO tidak kisah dan tidak ingin kisah kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada para pemimpin UMNO dan kroni.
Justeru demi untuk menutup segala kepincangan dalaman UMNO dan BN, maka mereka bertungkus-lumus menjalankan agenda mereka bagi ‘membasmi’ PKR dan Pakatan Rakyat.
Mereka sedaya-upaya membeli wakil-wakil rakyat yang tipis imannya untuk melunaskan impian mereka melihat PKR pecah kerana menurut andaian mereka PKR dan Pakatan Rakyat ibarat retak menanti belah.
Dalam sibuk-sibuk dengan misi menjatuhkan PKR, rakyat telah disajikan dengan kehilangan enjin jet tentera dan ketidak-upayaan kapal selam Negara untuk menyelam. Kenapa? Terkena ‘badi’ PKR dan Pakatan Rakyat agaknya.
Sesungguhnya mereka terlupa, semakin PKR dan Pakatan Rakyat dianiaya, semakin kental kepercayaan rakyat PKR dan Pakatan Rakyat perolehi. Insya Allah.
NOOR DIANA MOHD.RAZIS/Sa/kini
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Menjawab tomahan Penulis upahan Umno
Monday, March 8, 2010Posted by Unknown at 7:33:00 AM