7 tahun di jajah bayar pula 400 juta dollar sebagai gantirugi

Monday, September 13, 2010


Iraq sebuah Negara yang masih lagi dalam krisis peperangan dalaman nya, terus ditekan,baru baru ini Amerika menyatakan akan mengundurkan tenteranya dari Iraq secara berperingkat peringkat, walaupun terdapat beberapa suara yang tidak mempersetujui nya, terutama Israel.

Selama tujuh tahun Amerika ‘menetap’ di Iraq dan segala tindakan nya disana tidak banyak kemajuan yg di capai, malah sesetengahnya bertambah buruk apabila ramai rakyat awam terbunuh gara gara kuncu Yahudi itu beroperasi di Iraq.

Sekarang timbul pula satu perjanjian dari kerajaan Iraq yg dimestikan membayar gantirugi kepada Amerika kerana di atas ‘kelakuan’ tentera Iraq semasa di era Saddam Husein dahulu ketika perang telok 1990-1991.

Berita IRINN melapurkan yang Iraq bersetuju dan sedia untuk membayar sebanyak 400 juta dollar dan ditandatangani oleh menteri luar Iraq Hoshyar Zebari dan James Jefrey, duta besar AS di Baghdad beberapa hari lalu.