Seorang lagi pejuang wanita pernah digeruni Israel

Tuesday, September 7, 2010


Dalal Said al-Maghribi adalah nama perempuan mujahid terkenal Palestin. Dalal ‎al-Maghribi telah menjadi simbol muqawama di tengah-tengah rakyat Palestin dan ‎Lebanon. Simbol yang membuat orang-orang Zionis agak takut ketika mendengar ‎namanya.‎

Perempuan mujahid Palestin ini gugur syahid beberapa dekad lalu dalam ‎sebuah operasi mati syahid di Palestin dibawah pendudukan Israel. Namun jasadnya ‎disimpan oleh pihak Zionis malah telah menjadi pertukaran jasad tawanan dan jasad para ‎syuhada pasca perang 33 Hari di Lebanon. ‎

Siapa Sebenarnya Dalal al-Maghribi?‎

Dalal Said al-Maghribi dilahirkan tahun 1958 di Palestin . Selain ‎beliau terkenal dengan keberanian nya, Dalal juga bertutur dalam bahasa Ibrani yang juga sama tarafnya ‎dengan bahasa Arab. Dengan keberaniannya itu, ia dilantik menjadi komandan kumpulan ‎‎13 yang di beri nama "Regu Deir Yassin". Nama ini diambil sebagai sempena aksi ‎balas dendam atas kejahatan biadab Menachen Begin, Perdana Menteri Zionis ‎Israel waktu itu di daerah Deir Yassin di sekitar al-Quds. Dalam tindakan biadabnya itu, beratus ratus wanita dan anak-anak Palestin dibantai oleh tentera Israel.‎

Dalal al-Maghribi mengepalai sebuah operasi mati syahid bernama "Kamal ‎Udwan". Sementara Ehud Barak waktu itu ditugaskan untuk menumpas operasi ini. ‎Penamaan operasi ini diambil dari nama syahid Kamal Udwan, Jurucakap PLO ‎yang diserang oleh pasukan komando Israel tahun 1973.‎

Abu Jihad Angkat Dalal Sebagai Komandan pasukan Khusus Fatah ini.

Khalil al-Wazir yang dikenal dengan Abu Jihad, tokoh kedua Fatah di awal-‎awal tahun 1978 mulai merancang beberapa tindakan kettenraan nya. Langkah ‎pertama yang dilakukannya adalah merekrut 13 anggota Fatah terbaik. Komandan pasukan 13 ini ternyata diberikan kepada seorang pertiwi perempuan bernama Dalal al-‎Maghribi.‎

Keberanian tidak kalah dengan ketokohan seorang pejuang wanita Palestin lagi, iaitu Laila Khalid yang dikenang sehingga sekarang.- na /radioiran