Abu Bakar Bashir dan juga Ariel Peterpan sememangnya agak terkenal di Indonesia dan baru baru ini kedua dua mereka ditahan dilokap.
Mereka ini cukup terkenal dibidang masing masing, Abu Bakar seorang tokoh agama dan pernah aktif dalam kerohanian bersama Jemaah Islamiyah, dan kini beliau ditahan diatas dakwaan terlibat dengan latihan tentera dan mengadakan kan kem di Acheh.
Begitu juga dengan Ariel Peterpan seorang penyanyi terkenal ditahan dan dipenjarakan kerana terlibat dalam skandal seks mengaitkan dua orang pengacara television.
Mereka ini tokoh dalam bidang yang agak ketara, seorang dibidang ketuhanan dan seorang lagi terlibat dalam bidang social, artis dan pesta seks. Mereka ditempatkan dalam penjara yang sama. Ariel sebelum ini dilapurkan mula berubah sejak ditahan, beliau dikatakan mula rajin berpuasa dan mengerjakan solat, dan dikatakan juga bilik tahanan kedua nya berdekatan.
Sebelum ini, media setempat melaporkan bahawa bilik tahanan Abu Bakar dekat dengan bilik tahanan Ariel di pusat tahanan Unit Siasatan Jenayah ibu pejabat polis Indonesia itu. Encik Afrian Bondjol, peguamnya di ibu pejabat polis Kebayoran Baru di Jakarta Selatan, berkata mereka sudah pasti sembahyang bersama sama. Walau bagaimanapun mereka tidak mengenali antara satu sama lain, kata jurucakap polis.
Kini dilaporkan Ariel berkongsi bilik tahanan dengan Abu Bakar Bashir dan sama sama mengerjakan ibadat puasa dan tarawih. Tidak mungkin solat di luar. Sudah pastinya di dalam bersama Abu Bakar juga. Malah, Abu Bakar juga menjadi imam beliau,' kata Encik Afrian se orang peguam di ibu pejabat Polis Kebayoran Baru, seperti yang dilapurlan akhbar Warga Kota.
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Tertuduh skandal seks tinggal sebilik dengan ulamak
Monday, September 6, 2010Posted by Unknown at 8:07:00 AM