Siaran TV kita berniat jahat

Thursday, September 30, 2010


Inilah perangai antara setesen TV dinegara kita, amat sukar untuk ‘berkata benar’ terutama apabila menyiarkan berita berita yang berkaitan dengan parti politik Pembangkang. Begitulah setelah di didik sepanjang tahun oleh pihak pihak atasan mereka.

Namun begitu walau bagaimana pun saya taklah hairan mana dengan cerita cerita yg disiarkan pihak TV yang mana sering ‘bercakap bohong’ tetapi yg saya hairan nya kalau setesen TV itu bercakap benar.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, akan berbincang dengan PKR Pusat sama ada akan mengambil tindakan mahkamah atau sebalik nya terhadap sebuah setesen TV di Negara kita ini, apaila menyiarkan berita yg boleh di kategorikan sebagai berniat jahat.

TV itu menyiarkan berita “mengenai kekalahan beberapa orang kuat Anwar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan cabang yang berlangsung Jumaat lepas termasuk nama Datuk Johari Abdul yg bertanding dalam pemilihan di Sunga Petani jumaat lalu

Yg mendukacikan nya siaran itu adalah tidak benar, kerana beliau telah memenangi pemilihan itu menang sebanyak 317 undi berbanding lawannya, P Jayakumar yang hanya memperoleh 165 undi. Siaran berita kekalahan saya itu disiarkan Selasa lalu dalam stesen televisyen berkenaan.

Tak banyak beza perangai2 TV utama di Negara kita.

Siaran berita di dengari di seluruh Negara dan jika pekara begini yg diamalkan, maka kita semua akan teripu. Sepatut nya sebuah badan penyiaran yg dihormati rakyat bukanlah memilih perangai seperti ini, kerana ia akan melambangkan sifat pentadbir seterusnya kerajaan yg memerintah. Al maklumlah dalam perahu yg sama.

Sepatutnya untuk mentiarkan sesuatu berita eloklah dikaji dulu, siasat dan sebagainya baru di siar.

Ikan kalau dah busuk di kepala nya, ia akan melarat larat sehingga ke ekornya!

- bumirel/met30