Malaysia & Iran bersaing dalam peralatan perang?

Wednesday, September 29, 2010


Menteri Pertahanan Republik Islam Iran, Ahmad Vahidi dan Panglima Angkatan Laut Pasukan Garda Revolusi Islam, Laksamana Madya, Ali Fadavi, telah menghadiri satu majlis penyerahan tiga skuadron perahu terbang dengan nama Bavar-2 (Keyakinan-2) kepada Angkatan Laut Pasdaran. Kita ikuti seterusnya...

Bavar-2 merupakan sebuah perahu terbang yang ditugaskan melakukan rondaan dan mengenalpasti apa yg diburu semasa bertugas di laut.
"Perahuterbang itu dilengkapi senjata automatik, teropong untuk waktu malam dan siang hari, alat perakam gambar, dan pengiriman maklumat," tegasnya.

Negara tercinta kita Malaysia ku, tak kurang juga untuk menjamin keselamatan nya dan sehingga kini kerajaan kita terus berusha meningkatkan peralatan pertahanan nya.

Kita pun turut memahami juga yg Negara Iran bukanlah menjadi saingan bagi Negara kita dari banyak segi. Kepakaran dan ekonominya jauh mengatasi kita, tetapi kepimpinan nya cukup bergeliga dan banyak percakapan nya tidak ‘tersasar’ jauh dari matlkamat sebenar bagi menjaga ‘keutuhan’ rakyat nya sendiri. Bagi kita di Malaysia ini juga okey, dan semalam katanya ringgit kita bertambah kukuh, bab bercakap okey belaka.

Sudah pelbagai senjata yg Iran Berjaya menghasilkan dan pengujian keberkesanan nya sudah banyak terbukti, dan itulah sebagaimana yg diceritkan tadi adalah merupakan satu jentera perang yg terbaru pernah dihasilkan nya.

diudara pun boleh bergerak

Namun begitu Negara kita juga menciptakan beberapa sejarah nya tersendiri di bidang pertahanan. Pernah memiliki pesawat pejuang Skyhawk tetapi sekarang telah menjadi ‘muzium’ di padang pasir Arizona Amerika.

Ada jet pejuang F-5E ‘telah diubahsuai’ menjadi jet tanpa injin. Kalau Israel mempunyai jet tanpa pemandu, tetapi kita mempunyai pesawat jet tanpa injin.

Kalau Iran membuat sejarah untuk mencipta peralatan perang nya, 1Malaysia kita mencipta sejarah membeli… membeli kapalselam dari Perancis. Pilih punya pilih, kaji punya kaji lalu kita membeli kapalselam yg tak boleh menyelam. Malaysia boleh.

Republik Islam Iran antara beberapa negara di dunia ini sahaja yang ada memiliki dan membina perahu terbang ini dalam masa yang singkat.. jelas Vahidi lagi.

"Bavar-2 perahu terbang ciptaan Iran ini merupakan lambang dari rasa kepercayaan diri sendiri serta tekad untuk menggandakan tugas tugas pertahanan. Angkatan bersenjata Iran siap berkorban demi mempertahankan agama dan tanah air," tegasnya nya lagi.

Sebagaimana yg dilaporkan pejabat berita Fars semalam 28/9