Perangai jahat Juak Juak Ni di Sabah

Friday, September 17, 2010


Salam hormat warga Malaya,

Walaupun tulisan saya ini hanya dianggap sebagai karut atau tidak berguna oleh mereka yang telah mengabdikan otak diri mereka sebagai juak dan barua tegar kepada Melayu...

UMNO, tanpa secebis perasaan cemas terhadap sikap curang Melayu UMNO sebagai wabak yang memungkinkan warga asli Sabah akan diawet untuk diarkibkan sebagai warga yang pupus oleh kedurjanaan (IC Projek) Melayu UMNO kelak.

Sekarang Melayu UMNO serta juakjuak dan baruanya mula menyingkap pujian yang menjijikkan dari tempurung kepala lutut mereka yang berhubung dengan latar belakang sejarah dan nikmat Pembentukan Malaysia yang kononnya harus difahami tanpa memutarbelitkan tarikh itu untuk tujuan tertentu.

Cisss!.. Siapa sebenarnya yang dungu dan gagal membezakan antara 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Malaya dengan 16 September 1963 sebagai tarikh pembentukan Malaysia?

Barua dan tali barut Melayu UMNO di Sabah juga bergentayangan dengan mendendangkan lagu sumbang mereka agar Sabah harus bersyukur kerana penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lepas, kononnya telah membangun yang sudah tentu tidak dapat dinikmati sekiranya Sabah berada terus dalam kepompong British.

Namun, demikianlah mentaliti pemimpin kelas kambing acuan IC projek Melayu UMNO berpolitik gamaknya, tanpa mereka sedari bahawa kemuncak dan akibat politik IC projek Melayu UMNO bakal menjadikan warga asli Sabah di ambang kemusnahan, sebagaimana nasib malang yang telah menimpa warga Austronesian di Malaya akhirnya.

Kesopanan palsu menjadi perhiasan Melayu UMNO sebagai Sarjana Agung dalam menipu, sehingga rakyat percaya dengan mereka. Sesiapa yang tidak mempercayai mereka, mereka akan melakukan satu ketidakadilan pahit.

Sebagai tambahan, mereka tahu bagaimana untuk menjinakan warga marhaen yang susah atau miskin; kadang kala, kebajikan yang mereka war-warkan bagaikan baja yang belum ditabur pada tanah yang sayangi, dengan satu pandangan dalam bentuk pidato yang panjang tentang manfaat baja tersebut kepada masa depan petani sendiri.

Bagaimanapun, seorang negarawan tulen yang bijaksana tahu, bahawa dalam satu masa yang singkat secara perbandingan walaupun Melayu UMNO telah menjadi satu ‘penderma yang mulia.’ Namun, apakah yang demikian bukan satu kelakuan yang aneh?

Oleh itu, mereka mendapat lebih kredit untuk setiap tindakan sebegitu berbanding pesaing politik mereka yang tidak memiliki wang sebagai pekerja. Melalui media yang dijerut dan dicengkam juga, seluruh juak dan barua politik Melayu UMNO serentak meracau tentang keperluan kemajuan dan pembangunan warga Sabah kononnya, sehingga seolah-olah merekalah jurucakap era baru dunia.

Malangnya, orang bodoh yang tamak mulai percayakan mereka. Pada hal, mereka hanyalah juak politik Melayu UMNO yang bersuara dari mulut kepala lutut mereka. Betapa Brunei yang tidak menyertai Persekutuan Malaysia, begitu juga dengan Singapura yang keluar dari Persekutuan Malaysia, kini skala kemajuan negara mereka, walaupun kecil jauh mengatasi, bahkan mengaibkan pencapaian kemajuan Malaysia, apatah lagi standard kemajuan Sabah dan Sarawak.

Betapa barua dan tali barut politik IC projek Melayu UMNO juga terus bercakap tentang kepentingan dahagakan pengetahuan, memuji semua kemajuan dan pembangunan agar rakyat umum khususnya warga Sabah bersedia masuk ke dalam jaring perangkap mereka.

Kemudian mereka berusaha untuk menggambarkan Melayu UMNO sebagai pemimpin yang mulia, sentiasa betul-betul jujur dan baik hati. Justeru, kemuncak matlamat politik IC projek Melayu UMNO dalam peringkat ini yang sesungguhnya ialah, kemenangan dalam pilihanraya yang kononnya demokrasi berunsur pembodohan dan penipuan agung.

Akhir kata, pesanan ikhlas dari saya, ‘Negara Sabah Untuk Bangsa Sabah. Warga Borneo Biar Ada Harga Diri. Rempuh Melayu Umno Sampai Jatuh.

Salam Hormat dan Salam Merdeka, - sedutan Naspazi