Hosni Mubaraq mula menghitung hari?

Thursday, September 9, 2010


Bekas Ketua Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohammad ElBaradei dalam perbahasan nya menyebut dengan bermula nya reformasi di Mesir pada malam isnin 6hb.9 lalu,

"Pada pilihanraya akan datang kemungkinan besar akan berlaku detik perubahan dalam pemerintahan Mesir dan saya mendesak boikot pilihanraya legislatif itu."

Ikon reformasi Mesir ini di tengah para penyokong nya terus berkata, "Tahun ini dan dalam beberapa bulan mendatang, kita semua akan menyaksikan terjadinya perubahan besar di dalam pemerintahan Mesir." Elbaradei menegaskan, pemilihan legislatif akan di bentangkan tak berapa lama lagi, dan boikot pilihan akan menggugurkan ‘kekuatan’pemilihan jika rejim Mubarak tidak memenuhi tuntutan kami.

Di bahagian lain kenyataan itu, ElBaradei menekankan, perlawanan sivil adalah pilihan terakhir jika tuntutan reformasi tidak dilaksanakan. Elbaradei meminta kepada para penyokong nya menurunkan tanda tangan tiga juta orang hingga akhir tahun 2010
untuk merealisasikan reformasi di Mesir.

Mohammad ElBaradei juga disebut sebut antara calun terkuat sebagai pesaing kepada Hosni Mubarak - – matjejakrasul/iranradio