Israel membina pusat perisik maklumat terbesar di dunia

Wednesday, September 8, 2010


Rejim Zionis Israel membangun pangkalan ‘merisik maklumat’ terbesar di Timur Tengah. Pangkalan yang berfungsi mendengar percakapan dan mengumpulkan data ini dibina di daerah Nagev, selatan Palestina.

Menurut laporan pejabat Berita Qudsna, Majalah Le Monde edisi September dalam artikelnya membongkar tujuan pangkalan ini menyebutnya yang bukan saja hanya terbesar di kawasan itu, bahkan di dunia.

Majalah Perancis ini menambahkan, daerah Urim, selatan Palestin dan berjarak 30 km dari Beersheba ini merupakan kawasan pusat perisikan Israel. Walau bagaimana pun lokasi tepat nya belum dapat dikesan dengan khusus.

Merakam percakapan, mengumpulkan maklumat dan data dari Timur Tengah, Eropah, Afrika dan Asia adalah misi utama pangkalan ini dibina. Walaupun memiliki kelengkapan yang baik dan lengkap, hairan nya pangkalan ini terlepas pandang dari pengamatan pihak mediamasa. Pekara inilah yang membuatkan kewujudan pangkalan ini susah dikesan dan diberitakan.

Pangkalan data ini memiliki lebih dari 30 mesin pengesan gelombang dan perakam percakapan telepon serta mesin yang boleh menembus email organisasi antarabangsa, tokoh dan pemerintah Eropah, Afrika dan Asia.

Menurut keterangan sejumlah pejabat Israel,pangkalan ini mampu menjadi pusat komando dan organisasi pasukan pasukan keselamatan.- mengejarcahaya ruj: iranradio/In