Abdullah Gul batalkan jumpa Peres tukar untuk bertemu Ahmedinejad

Wednesday, September 22, 2010


Minggu lalu satu persidangan majlis PBB sedang berlangsung, dan dicelah celah masa ketika persidangan itu, beberapa tokoh di Washinton telah mengaturkan pertemuan Presiden Turki Abdullah Gul dengan Presiden Israel, Shimon Peres.

Begitulah perangai Amerika, konon nya pertemuan itu nanti bakal menjernihkan semula hubungan Tel Aviv dengan Ankara, setelahberlaku nya trajidi serangan rejim zionis itu terhadap kapal bantuan Turki yg menuju ke Gaza.

Ketika itu media media di Amerika riyuh rendah dengan berita Presiden Turki akan bertemu Shimon Peres dan Washinton pun sebuk memaikan peranan serta membetri laluan pada media untuk menyemarakan pertemuan kedua pemimpin itu.

Kemarahan Turki di atas keganasan Israel yg membunuh ramai rakyat nya semasa konvoi kapal bantuan kemanusiaan nya menuju Gaza masih lagi dirasakan. Walau pun Israel berhasrat untuk menyiasat kejadian itu oleh pihak antarabangsa dan membayar gantirugi di atas peristiwa itu, namun Abdullah Gul tidaklah seceria mana.

Yang lebih lucu nya, bila tiba masa yang di aturkan untuk majlis perjumpaan itu, Abdullah Gul tidak jadi pula bertemu dengan Simon Peres kerana kesuntukan masa kata nya. Para wartawan dan pengamatan politik terlopong mulut, dan yang lebih menghiriskan perasaan mereka apabila Abdullah Gul membatalkan pertemuan nya dengan Shimon Peres dan bertukar untuk menemui Presiden Iran Ahmedinejad.

Inilah politik, bila kita fikirkan semula mengapa Abdullah Gul punyai masa pula untuk menemui Ahmedinejad.

Dimaklumkan yang para pengamatan politik Amerika menganggap Abdullah Gul semakin berpaling arah dan menyokong Iran dalam percaturan politik nya. Sejumlah dari mereka menganggap pembatalan pertemuan itu kerana keengganan Israel memohon maaf dari Ankara dengan kejadian Israel menyerang konvoi bantuan dari Turki dan secara resmi nya Turki lebih kecondongan kepada Islam, katanya.

Dari sini dapat kita dinilai sikap presiden Turki yang enggan bertemu dengan Peres semasa Sidang Umum PBB di New York bermula dari konflik politik keganasan Israel membantai aktivis Turki dan sikap keras kepala Tel Aviv semakin menjadi jadi kebelakangan ini.